MH370: Kelab Liverpool, peminat beri kata-kata semangat kepada anak ketua pramugara

Syafique Shuib
Mac 19, 2014 10:47 MYT
Kelab Liverpool (LFC) dan juga peminat-peminatnya dari seluruh dunia memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada anak Ketua Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Andrew Nari.
Ia susulan tweet yang ditulis oleh Maira Elizabeth Nari yang mahu bapanya pulang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool dan Machester United pada hari Ahad.
Tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris berkata, “Ayah, Liverpool sedang memenangi perlawanan. Pulang ke rumah supaya ayah boleh menyaksikan perlawanan ini. Ayah tidak pernah terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan, ini adalah kali pertama”

Daddy, Liverpool is winning the game. Come home, so you can watch the game! You never miss watching the game. It's your very first time. :')

— . (@Gorgxous_) March 16, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, tweet berkenaan mempunyai 4,138 ‘retweet’ dan 2,077 ‘Favorites’.
Ia juga dibalas oleh akaun rasmi Liverpool:

This has touched our hearts - a tweet on Sunday night by Maira, daughter of #MH370 chief steward Andrew Nari pic.twitter.com/Y4CF4CpkZd

— Liverpool FC (@LFC) March 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool FC juga kongsi mesej yang sama di Facebook mereka. Ia menerima lebih daripada 2,500 komen dari seluruh dunia:
Richard Finnigan: Dari semua yang tinggal di England dan Liverpool, kami sentiasa mengingati anda. YNWA.
Julie Elaine Zietsman: Tiada ungkapan yang boleh saya kongsi. Moga tuhan akan memberi anda kekuatan, dari peminat LFC di Afrika Selatan.
Theresa Torchia Tama: Doa untuk semua yang berada di dalam pesawat MH370. Dari kami semua di Amerika Syarikat. YNWA.
Dimas Arif Septianto: Terus tabah! Ayah anda akan pulang untuk menyaksikan perlawanan Liverpool. Dari Indonesia YNWA.
Maira merupakan antara ahli keluarga yang aktif di laman media sosial untuk kongsi perasaan beliau.
Akaun twitter beliau mula mendapat perhatiaan sejak hari pertama kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. Beliau turut memuat naik tweet apabila melihat gambar ayahnya menerusi saluran 501 Astro AWANI.
##PrayForMH370 #Andrew Nari #Liverpool FC #Maira Elizabeth Nari #Malaysia Airlines #MH370 #Pesawat Hilang