Penerbangan Malaysia (MAS) hanya akan membuat persediaan untuk menerbangkan ahli keluarga penumpang dan krew MH370 ke Perth apabila serpihan pesawat tersebut ditemui dan disahkan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan media MAS, persediaan akan dibuat sebaik sahaja menerima pelepasan dan kebenaran daripada agensi-agensi kerajaan untuk membawa ahli keluarga ke tempat simpanan serpihan pesawat malang itu.

Selain itu, sebuah Pusat Bantuan Keluarga akan ditubuhkan di Perth untuk menyelaras taklimat dan aktiviti-aktiviti agama buat pihak keluarga.

MAS menegaskan komitmennya menyokong segala usaha kerajaan luar yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

MAS juga akan terus bekerjasama dalam penyiasatan kes MH370 disamping menyediakan kebajikan dan sokongan berterusan kepada ahli keluarga terlibat.