Ada maksud di sebalik setiap peristiwa dan pengguna menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan maklumat.
Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff dalam Agenda Awani pada Selasa berkata ini membuktikan pengguna internet kini semakin bijak menggunakan carian yang sahih untuk mendapatkan maklumat.
"Pada hemat saya ramai menggunakan data point ini sebab ia bukan sahaja dikeluarkan untuk tahunan malah harian, setiap minggu dan juga setiap bulan. Dan memang ramai sudah pun mula menggunakannya," kata beliau.
Google menerbitkan rangkuman carian utama sepanjang tahun yang diberi nama Google Zeitgeist.
Ikuti temubual penuh Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff dalam Agenda Awani
Antara yang tersenarai peristiwa menggemparkan seluruh dunia kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17 turut menjadi carian popular di internet.
Paling istimewa, Astro AWANI turut tersenarai di tangga ke-empat carian tertinggi.
Carian dinilai dari segi kolektif serta perspektif unik bagi kejadian yang berlaku sepanjang tahun ini,
Senarai ini membuktikan bahawa portal Google terus menjadi satu budaya online dan tanda aras bagi rakyat Malaysia membuat carian bagi peristiwa penting, individu popular malah perkara yang memberi impak dalam kehidupan seharian.