Operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Ahad berakhir setelah pencarian meliputi kira-kira 252,000 kilometer persegi dilakukan.
Menurut kenyataan daripada Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang dikeluarkan pada 11.35 malam waktu tempatan (8.35 malam waktu Malaysia), misi mencari melibatkan sejumlah sembilan pesawat.
Ia termasuk dua pesawat P3 Orions Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat P3 dari Jepun, pesawat Ilyushin Il-76 dari China dan sebuah pesawat P3 Orion dari Korea Selatan, sebuah pesawat Tentera Laut P8 Poseidon dari Amerika Syarikat dan sebuah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta dua pesawat awam.
Lapan kapal dikerahkan ke lokasi pencarian MH370 di mana sebuah kapal dagang turut melalui lokasi terbabit sekaligus menyaksikan kerahan kapal terbanyak sepanjang operasi dijalankan sehingga hari ini.
Pesawat-pesawat di kawasan pencarian turut melaporkan pengesanan beberapa objek sama seperti yang dilaporkan sebelum ini. Namun, objek-objek terbabit masih belum boleh disahkan atau ditolak kemungkinan merupakan serpihan MH370 sehingga ia ditemui dan dipungut oleh kapal.
Sehingga hari ini, masih belum ada objek yang disahkan ada kaitan debngan pesawat malang MH370 itu.
Beberapa objek yang dipungut oleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 kelmarin telah dikaji dan ia dipercayai bukan milik MH370.
Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia yang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat iaitu satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan sebuah kenderaan penyelam Bluefin-21 akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin.
Ia disertai kru seramai sebelas orang dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.
Operasi mencari akan disambung pada Isnin bergantung kepada keadaan cuaca.
Astro Awani
Sun Mar 30 2014
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.
MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.
MH370: Laporan Mesyuarat Tiga Pihak dibentang kepada Kabinet Rabu ini
Penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung.
MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.
MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
Laporan komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus Penerbangan MH370 selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan.
MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.
MH370: Dua pesawat Hercules C-130 TUDM tiba di Pangkalan TUDM
Kedua-dua pesawat membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai.