Vietnam menawarkan lebih banyak bantuan bagi mencari pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai hilang berhampiran sempadan perairan negara itu, lapor Viet Nam News.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Vietnam sedia bekerjasama dan memberi sepenuh bantuan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Minh berkata, kerajaan dan rakyat Vietnam amat mengambil berat mengenai apa yang berlaku.

Katanya, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung sendiri terbabit secara langsung dengan usaha SAR dan memberi tumpuan khusus mengenai kejadian berkenaan.

Belau menjelaskan Perdana Menteri Vietnam mengrahkan agensi berkaitan supaya berkerjasama lebih rapat dengan Malaysia dan sentiasa memberi maklumat terkini mengenai pesawat berkenaan.