KOTA BHARU: Mungkin ramai yang berasa gerun apabila melihat ular, namun bagi penghantar makanan, Mohamad Saifullah Omar, perasaan tersebut tidak timbul malah rasa sayang kepada reptilia tersebut diterjemah dengan memelihara lapan ekor ular menjadikan kediamannya seolah-olah 'zoo ular'.
Selain ular tedung, Mohamad Saifullah, 31, turut memelihara ular sawa yang diimport dari Myanmar seperti Ivory Burmese, Burmese python dan Albino Burmese Python.
"Secara purata saya sudah belanjakan RM10,000 membeli ular sawa yang diimport dari Myanmar itu. Setiap bulan saya perlu membelanjakan RM400 sebulan untuk menyediakan makanan kepada reptilia tersebut terutamanya ular sawa yang diberi makan tikus putih, arnab atau puyuh.
"Ular mempunyai metabolisme rendah dan makanan lambat hadam, jadi reptilia ini boleh bertahan seminggu hingga ke sebulan tanpa makanan, cuma jangan putus bekalan air," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baung Perdana, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Mohamad Saifullah yang juga dikenali sebagai 'Sang Pemujuk Ular' berkata pada awal perkahwinan, isterinya Siti Fatimah Mohd Kamil, 33, tidak selesa dengan keadaan tersebut, namun kini dia (Siti Fatimah) sudah boleh menerima, malah berani memegang dan memandikan ular sawa peliharaannya.
"Isteri menganggap rumah ini seperti zoo kerana mempunyai haiwan eksotik selain ular iaitu iguana, katak Amazon dan tarantula. Isteri dan adik-beradik saya juga menyayangi reptilia ini, malah sudah berani memandikan 'Mico' dan 'Coki', dua ekor ular sawa peliharaan seminggu sekali," katanya.
Memiliki permit serta lesen memelihara ular daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mohamad Saifullah berkata biarpun berpengalaman sebagai penjinak ular sejak sembilan tahun lepas dan memahami 'bahasa ular', namun setiap kali mengendalikan ular tedung, dia tetap menggunakan peralatan keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
"Penglibatan dengan ular bermula pada 2013 semasa menjalankan kerja sukarela menangkap ular secara percuma, dan daripada situ penduduk sekitar meminta menangkap ular sawa liar seberat 700 gram yang mengganggu penduduk.
"Setelah ular itu ditangkap, saya pelihara, beri makan dan jinakkan dalam tempoh seminggu, kemudian lepaskan semula ke habitat asalnya kerana ular datang ke tempat manusia sebab lapar," katanya sambil menambah mendapat bimbingan dan ilmu menangkap ular daripada abang angkat dikenali sebagai Bro Dean.
Mohamad Saifullah berkata dia pernah memelihara 23 ekor ular, namun kini hanya tinggal lapan ekor kerana sudah dibeli orang, selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan pergerakannya ke Myanmar untuk membeli serta menambah bilangan reptilia tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Mohamad Saifullah menunjukkan kemahiran bermain dengan ular peliharaannya. - BERNAMA
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Cuaca panas: APM Kelantan tangkap lebih 1,000 ekor ular pelbagai spesies
Faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan yang lebih sejuk.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.
Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Kejohanan tenis Brisbane International terhenti seketika ekoran ular berbisa
Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Dominic Thiem dan James McCabe sedang berlangsung.
Skuad King Cobra wira rakyat tangkap ular
Sebut sahaja ular, pasti ramai yang bukan sahaja berasa takut tetapi juga geli dengan reptilia yang satu ini.
MAA tegur tindakan pelakon terkenal letak ular atas sangkar kucing
MAA menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
APM tangkap ular tedung hitam di rumah PM Anwar
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.
Nyaris terpijak ular ketika bersantai di pantai
Dia turut memuat naik gambar penemuan ular itu di laman sosial supaya lebih ramai yang berhati-hati ketika berkunjung ke pantai.
Bangkok kota ular?
Petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.