KUALA TERENGGANU: Seorang anak sanggup menumbuk muka ayahnya sehingga patah gigi hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan RM2 tidak ditunaikan, dalam kejadian di Kampung Belukar Jambu, Chendering, di sini, pada Rabu lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai ada meminta RM2 daripada mangsa, 50-an, dengan alasan hendak membeli minyak motosikal.
"Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini yang tergamak memarahinya hanya disebabkan dia menegur mengenai tong gas.
"Bagaimanapun keputusan mangsa yang tidak mahu melayan permintaan suspek mengundang kemarahannya sebelum bertindak menumbuk bibir mangsa sehingga sebatang gigi patah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sumber berkata, kecewa dengan tindakan biadap anaknya, mangsa nekad membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa mengesahkan ada menerima laporan kejadian yang dibuat di Balai Polis Chendering, di sini.
Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
Seorang anak sanggup menumbuk muka ayahnya sehingga patah gigi hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan RM2 tidak ditunaikan. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan
Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.
Minta RM2 tak dapat, anak tumbuk bapa hingga patah gigi
Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini.
Nelayan tumbuk bapa dihukum penjara lapan bulan
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bapanya, Fouzi Ismail yang berusia 57 tahun.