BANGI: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengatur sesi pertemuan dan libat urus Kementerian Kesihatan (KKM) dengan pihak industri untuk mempercepatkan pengambilan dos penggalak dalam kalangan pekerja sektor pembuatan dan perkilangan.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pagi ini membincangkan usaha yang dapat dijalankan untuk memastikan tidak ada lagi penutupan aktiviti dalam sektor ekonomi kerana kesannya kepada ekonomi adalah besar.
"Antara langkah yang dibincangkan pagi ini ialah KKM akan mengadakan pertemuan segera dengan pihak industri untuk melihat bagaimana kita dapat mempercepatkan program vaksinasi untuk dos ketiga atau dos penggalak dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.
"Kebanyakannya telah mendapat suntikan pertama dan kedua dalam Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang kami mulakan pada Jun tahun lepas.
"Melalui program itu, kita telah berjaya memberi suntikan kepada hampir 2 juta pekerja dalam sektor pembuatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke fasiliti pengilangan Genetec Technology Bhd di sini hari ini.
Mohamed Azmin berkata kerajaan memberi perhatian dan mengadakan program PIKAS kerana pekerja sektor pembuatan terdedah kepada risiko yang tinggi.
"Mereka perlu hadir dan berada di barisan pengeluaran, tidak seperti sektor lain yang mereka boleh bekerja dari rumah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi kita dan kita mengambil keputusan untuk memberikan suntikan.
"Bagi dos ketiga, kami dimaklumkan dalam mesyuarat hari ini, secara keseluruhannya kita telah mencatatkan 53 peratus penerima dos ketiga.
"Kita perlu mempercepatkan program ini dan kita boleh mulakan melalui sektor ekonomi melalui sektor pembuatan dan perkilangan," katanya.
Selain itu, beliau berkata MITI menggalakkan pihak industri untuk membuat dan mengadakan 'Regular Testing Kit' untuk memastikan pekerja berada dalam keadaan sihat.
"Kita telah melancarkan inisiatif Safe@Work pada tahun lepas dan kita meminta pihak industri supaya mewujudkan gelembung dari tempat penginapan pekerja ke tempat kerja supaya sekiranya ada kes baharu kita boleh mengasingkan kes itu atau pekerja tersebut tanpa perlu menutup seluruh kilang.
"Ini dapat menjamin penerusan operasi kilang dan sektor pembuatan serta tidak ada gangguan pada rantaian bekalan kita.
"Apa yang kita pelajari dalam tempoh sukar ini, penting untuk memastikan aliran bebas perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dengan negara luar.
"Kita tidak mampu untuk ada lagi gangguan rantaian bekalan kerana Malaysia adalah sebahagian daripada rantaian bekalan global. Oleh itu, ini merupakan langkah-langkah yang telah kita persetujui untuk disegerakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mesyuarat MPN pagi ini membincangkan usaha yang dapat dijalankan untuk memastikan tidak ada lagi penutupan aktiviti dalam sektor ekonomi kerana kesannya kepada ekonomi adalah besar. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.
RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.
Goodyear beri pampasan, cari peluang pekerjaan untuk pekerja terjejas - Tengku Zafrul
Goodyear sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi memastikan 550 pekerja yang terjejas mendapat peluang pekerjaan.
Syarikat-syarikat Australia mohon keizinan pelaburan RM24.5 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat berkenaan telah dinyatakan kepadanya dalam pertemuan beliau dengan syarikat terbabit pada Selasa.