Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin Persidangan Menteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke-10 di Nairobi, Kenya, yang bermula pada Isnin akan mencapai kejayaan.
MITI dalam satu kenyataan pada Isnin berkata persidangan itu dapat mencarta program kerja lebih konkrit bagi menghidupkan semula Agenda Pembangunan Doha.
Kementerian itu berkata persidangan tersebut akan mengkaji semula kerja WTO dan membolehkan menteri-menteri perdagangan menyediakan lagi bimbingan politik bagi rundingan yang dijalankan di bawah skop pertubuhan itu.
"Selain meraikan ulang tahun ke-20 WTO, persidangan itu merupakan pencapaian penting bagi WTO untuk mengkaji semula isu-isu pelaksanaan yang dipersetujui selepas persidangan-persidangan sebelum ini.
"Ini termasuk keputusan berkaitan dengan kemajuan ekonomi anggota-anggota negara membangun, di samping mencarta program kerja WTO bagi 2016 dan tahun-tahun berikutnya," kata kementerian itu.
MITI berkata Malaysia akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Kumpulan Cairns dan Mesyuarat Perundingan Menteri-Menteri Bank Pembangunan Islam di luar Persidangan WTO.
Persidangan itu juga akan menerima secara rasmi kemasukan Liberia dan Afghanistan sebagai anggota baharu WTO, menjadikan jumlah keanggotaan semuanya 164.
MITI berkata menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri WTO selama empat hari itu yang mana beliau akan bertemu dengan beberapa rakan sejawatnya untuk membincangkan isu-isu dan perdagangan dua hala berkaitan WTO.
Beliau juga dijangka mengadakan sesi meja bulat dan mesyuarat dua hala dengan wakil sektor swasta dari Kenya dan bertemu komuniti Malaysia di Nairobi.
Bernama
Mon Dec 14 2015
MITI dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Menteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke-10 di Nairobi, Kenya itu dapat mencarta program kerja lebih konkrit bagi menghidupkan semula Agenda Pembangunan Doha. - Gambar Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
MITI yakin persidangan menteri-menteri WTO ke-10 capai kejayaan
MITI dalam satu kenyataan pada Isnin berkata persidangan itu dapat mencarta program kerja lebih konkrit bagi menghidupkan semula Agenda Pembangunan Doha.