Astro Publication
Fri Nov 07 2014
Melancarkan sebuah model kenderaan edisi terhad bukanlah perkara luar biasa, bahkan terlalu biasa dilakukan. Namun ia memang berbeza jika edisi terhad itu mendapat sentuhan pereka fesyen, apatah lagi pereka yang cukup terkenal di Malaysia Rizalman Ibrahim. Model Mitsubishi ASX Designer Edition ini baharu sahaja dilancarkan dan terhad hanya kepada 180 unit.
Antara yang menjadikannya unik ialah model ini hanya boleh didapati di dalam warna Kelabu Titanium dengan spesifikasi pacuan 4 roda. Selain itu, ia turut dihiasi dengan jalur kelabu yang merentasi bahagian tengah kereta itu, dari bonet hinggalah ke belakang.
Antena standard pendek pada ASX biasa juga ditukar kepada jenis ‘shark fin’, manakala spoiler belakang dipadankan terus dengan lampu brek ketiga jenis LED.
Bahagian dalam ASX Designer Edition ini dihiasi kerusi kulit dengan kombinasi warna baharu. Warna-warna kelabu dan kuning dipilih untuk mencerminkan kualiti lasak model ini. Motif warna yang sama turut dilihat pada tombol gear dengan jahitan tangan yang menarik.
“Warna-warna kelabu dengan tona berbeza yang digunakan pada SX Designer Edition ini menampakkan kelasakkannya sebagai jentera di atas jalan dan keadaan sukar. Kami menampilkan kuning sebagai elemen kontras terutamanya pada bahagian dalam,” komen Rizalman Ibrahim yang sudah berkecimpung di dalam bidang ini sejak tahun 1994.
Mitsubishi ASX Designer Edition ini dijual dengan harga RM131, 801.50 (harga atas jalan dengan insurans). Pemasangan standard termasuk bumbung panoramik, pedal tukar gear di stereng, kunci pintar dengan butang mula, dan filem cermin keselamatan.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Mitsubishi edisi khas oleh Rizalman
Mitsubishi ASX Designer Edition diberi sentuhan khas pereka fesyen terkenal Malaysia