KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO tidak dibincangkan pada Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada Khamis malam.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil selepas mesyuarat itu yang diadakan hampir dua jam selesai.
“Kebanyakan mesyuarat itu kita bincang pasal Parhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, sebab UMNO setiap tahun ada perhimpunan agung, dan kali ini PAU pertama selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).
“Tiada, tak ada bincang (pemilihan UMNO). Macam tadi kita ada tengok 2,838 perwakilan dan kali ini ada pertambahan,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn Khamis malam.
Sebelum ini, beberapa pihak menyuarakan pandangan agar pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan UMNO tidak dipertandingkan.
Begitu pun, terdapat juga desakan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tetap dipertandingkan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis pula memberi bayangan bersedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Berdasarkan pindaan perlembagaan UMNO tahun lalu, pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU.
Mengenai jemputan kepada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadiri PAU 2022 pula, Isham berkata perkara itu turut tidak diputuskan lagi.
“Tak ada bincang. Tak ada pengesahan untuk jemput Pakatan Harapan (PH), setakat ini kita jemput parti-parti kita seperti setiap tahun,” ujarnya.
Sebelum ini, Pas pernah menjadi tetamu kehormat UMNO dalam PAU, di sebalik perseteruan yang berlanjutan selama lebih separuh abad.
PAU 2022 akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari depan.
Seramai 2,648 perwakilan UMNO seluruh negara dan 174 pemerhati ketua penerangan bahagian akan hadir dalam perhimpunan kali ini.
PAU 2022 hanya akan membahaskan satu usul untuk kali ini iaitu usul ucapan Dasar Presiden yang dijadual pada 13 Januari.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 05 2023
Pemilihan UMNO tidak dibincangkan pada Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada Khamis malam, kata Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.