KUALA LUMPUR: Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.
Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21 Ogos lepas.
Bahkan, ini juga kali pertama sidang MKT berlangsung dengan Perdana Menteri datang dari kalangan pimpinan kanan parti UMNO, tetapi bukan sebagai Presiden parti tersebut.
Difahamkan, mesyuarat khas ini sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.
Awal hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri bersama timbalan masing-masing.
Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden UMNO kembali ke dalam barisan Kabinet, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Dalam pada itu, portfolio Kementerian Pertahanan kini kembali semula kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein biarpun beliau bukan lagi sebahagian daripada pimpinan pusat parti tersebut.
Turut menjadi tumpuan ialah pelantikan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan, satu lagi portfolio yang dianggap kanan oleh pemerhati politik.
Beberapa veteran UMNO juga dilantik ke dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
Sementara Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO, diserap semula ke dalam Kabinet selepas meletak jawatan sebagai menteri sewaktu di era Muhyiddin.
Perubahan landskap politik berlaku selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan Putrajaya selepas 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.
Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri selepas mendapati Ahli Parlimen Bera itu mempunyai sokongan yang mencukupi oleh majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Firdaus Azil
Fri Aug 27 2021
Mesyuarat MKT sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Ahli MKT UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Beberapa Ahli MKT UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam.
MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.
Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.
Pimpinan UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT
Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.
MKT UMNO bermesyuarat malam ini, kali pertama disertai Naib Presiden parti sebagai Perdana Menteri
Mesyuarat MKT sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.