KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengemukakan beberapa sebab mengapa beliau tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap kerajaan Malaysia dan beliau di luar mahkamah berhubung dakwaan pemecatan bekas Peguam Negara itu secara tidak sah pada 2018.
Bekas Perdana Menteri itu merujuk penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azimah Omar membabitkan kes saman fitnah Mohamed Apandi Ali terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada 23 Mei lalu.
Jelas Dr Mahathir, beliau percaya sesiapa yang membaca penghakiman tersebut pasti membuat kesimpulan bahawa Mohamed Apandi seorang penipu, gagal melaksana tugas sebagai Peguam Negara serta mempunyai asas untuk disiasat kerana disyaki bersubahat dan melindung jenayah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Di dalam penghakiman sepanjang 100 muka surat itu, Datuk Azimah turut menyatakan bahawa “mahkamah, walaupun dengan penuh hormat, perlu menyatakan rasa meluat terhadap betapa kejinya kenyataan Mohamed Apandi yang bercanggah, mengelak dan melakukan penipuan yang jelas.
"Banyak lagi perkara yang ditimbul oleh Hakim Azimah di dalam penghakimannya yang mempersoal sikap dan tindakan Mohamed Apandi yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menutup skandal 1MDB dan menyucikan Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Dr Mahathir dalam hantaran terbaharu di akaun media sosial beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun seharusnya tidak tunduk dan bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah dan memberi pampasan kepada saman dikemukakan Mohamed Apandi.
Sebaliknya, selain menentang di mahkamah, Idrus, tegas Dr Mahathir, perlu memulakan penyiasatan terhadap Mohamed Apandi kerana pembabitan beliau di dalam mempertahan dan bersubahat di dalam skandal 1MDB.
Tambah Dr Mahathir, Hakim Azimah dalam penghakiman bertulis yang sama turut menyatakan peranan Mohamed Apandi yang menyokong cerita dongeng bahawa duit sebanyak RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun Najib adalah derma daripada Raja Arab, walaupun pegawai-pegawai yang dihantar ke Arab Saudi untuk menyiasat tidak mendapat sebarang bukti.
"Selain itu, ditimbulkan juga sikap Mohamed Apandi yang menolak mutual legal assistance (bantuan undang-undang bersama) dari pihak berkuasa Switzerland dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS), sedangkan dia (Mohamed Apandi) sedar bantuan mereka perlu untuk siasatan 1MDB," jelas Dr Mahathir.
Beliau berkata, banyak lagi damning evidence atau bukti-bukti terkutuk yang ditulis oleh Hakim Azimah di dalam penghakiman sebagai asas menolak saman fitnah Mohamed Apandi terhadap Kit Siang.
Justeru Dr Mahathir berkata, kerajaan Malaysia seharusnya malu melantik Mohamed Apandi, yang disifatkan sebagai begitu tercemar dan terhina untuk mempengerusi apa-apa badan kerajaan termasuk jawatankuasa siasatan isu Pulau Batu Puteh.
Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman RM10 juta yang difailkan Mohamed Apandi Ali terhadap Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1MDB.
Hakim Azimah memutuskan bahawa Kit Siang berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.
Sementara itu, Pada 13 April lalu, media melaporkan saman difailkan Mohamed Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saman itu difailkan Mohamed Apandi pada 13 Oktober 2020 dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah.
Astro Awani
Tue Aug 23 2022
Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengemukakan beberapa sebab mengapa beliau tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap kerajaan Malaysia dan beliau di luar mahkamah. - Gambar fail
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.