PUTRAJAYA: Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan, tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Gesaan tersebut dibuat beliau menerusi catatan di laman Facebook miliknya hari ini, sambil menyifatkan harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.
"Secara khususnya, ramai yang telah melahirkan rasa marah terhadap harga tambang penerbangan ke Sarawak yang amat tinggi, lebih-lebih lagi menjelang cuti hujung tahun dan awal 2022.
"Situasi ini memberi kesan kepada orang ramai, daripada pengembara hinggalah kepada ahli keluarga yang mereka rindui untuk bertemu semula setelah lama berpisah akibat pandemik COVID-19," katanya.
Baru-baru ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak telah melahirkan kekesalan berhubung harga tambang dan kekerapan penerbangan ke bumi kenyalang itu.
Menurut Wee, MOT telah mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo, bagi membincangkan mengenai keperluan menurunkan harga tambang penerbangan bagi membolehkan penumpang menikmati kadar harga rendah menjelang akhir tahun ini.
"Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan ke Sarawak dan mengurangkan harga tambang ke Sarawak pada Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.
"MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan," katanya.
Bagaimanapun, Wee mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.
Di peringkat negeri Sarawak pula, beliau berkata MOT telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan beberapa kerajaan negeri termasuk Sarawak, bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut, dengan mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.
Wee turut memaklumkan beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, untuk meminta kerajaan negeri mengembalikan operasi mengawal selia frekuensi perkhidmatan penumpang udara kepada MAVCOM .
"MOT memahami keperluan Sarawak untuk membendung COVID-19, kerajaan negeri dan agensi berkaitan mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan serta permintaan bergerak seimbang selain membenarkan syarikat penerbangan meningkatkan frekuensi perkhidmatan mereka berdasarkan pengoperasian yang dipacu oleh pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna. - Gambar hiasan
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang
Harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.
Teruskan kadar baharu atau tanggung kos selaras meter - pemandu teksi
Ramai pemandu teksi berkeputusan untuk meneruskan kadar baharu tambang meskipun Kabinet sudah meminta SPAD menangguhkan kenaikan tersebut.
Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang
Presiden GPBSM Mohd Rofik berkata persatuannya tidak akan masuk campur lagi harga tambang bas dan tidak akan mengumumkan lagi kenaikan secara kumpulan selepas ini.