MUKAH: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi kelulusan kepada cadangan Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf Padang Terbang (STOLport) di Lawas kepada lapangan terbang.
Selain itu, Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan negeri turut mencadangkan pembinaan STOLport masing-masing di Betong dan Kapit.
"Kesemuanya telah diangkat kepada MOT dan setelah berbincang dengan wakil kerajaan negeri... ini adalah inisiaitf Kerajaan Sarawak.
"Kita tidak ada halangan, malah telah memberi kelulusan kepada kerajaan negeri untuk mempertingkatkan fasiliti kita. Ini akhirnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak memandangkan pembangunan pesat akan berlaku di negeri ini," katanya ketika berucap menghadiri Majlis Perasmian Lapangan Terbangan Baharu Mukah, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, Ka Siong dalam ucapannya berkata, pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah bukan sahaja menjadi ikon terbaharu di kawasan itu, sebaliknya bakal menjadi pemangkin yang mampu mengerakkan kemajuan dan pembangunan.
Beliau turut menzahirkan keyakinan dengan beroperasinya lapangan tersebut, ia akan menyokong pembangunan Sarawak Goverment's Economic Plan for SCORE termasuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Mukah.
"Ia akan memudahkan pergerakan sektor perdagangan dan eksport pertanian, perikanan, makanan dan juga produk-produk tempatan seperti sago dan umai yang merupakan makanan istimewa kaum Melanau," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 04 2021
Ka Siong (gambar fail) berkata, Kerajaan Sarawak turut mencadangkan pembinaan STOLport masing-masing di Betong dan Kapit.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Lapangan Terbang Lawas ditutup ekoran banjir kilat
Lapangan Terbang Lawas yang terletak kira-kira 1,042 kilometer (km) ke utara dari sini, ditutup sementara bermula hari ini susulan banjir kilat semalam.
MOT lulus cadangan Kerajaan Sarawak naik taraf STOLport Lawas
Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi kelulusan kepada cadangan Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf Padang Terbang (STOLport) di Lawas kepada lapangan terbang.