Walaupun usaha keras pelumba-pelumba negara yang menyertai perlumbaan motorsikal GP tahun ini agak kurang memberansangkan, tetapi begitulah dunia perlumbaan. Ada masa apabila serba-serbi tidak kena, daripada kesesuaian jentera itu sendiri untuk penunggang, ataupun prestasi jentera itu sendiri. Di samping itu, masalah ‘form’ juga menjadi isu, dan peningkatan jentera dan pelumba lain.
Perlumbaan di litar Motegi baru-baru ini bagaikan menampakkan faktor-faktor penentu kejayaan sekali lagi timbul untuk anak-anak muda ini. Hafizh Syahrin, sebagai contoh, tiba di garisan penamat pada kedudukan ke-8 untuk perlumbaan Moto2-nya. Turut penting adalah semangat juangnya, memandangkan beliau sedang menanggung kesakitan belakang.
“Saya memang bersyukur apabila perlumbaan tamat kerana sakit belakang yang amat kuat. Saya tidak mahu putus asa, jadi saya teruskan juga. Motorsikal saya juga mempamerkan prestasi sangat baik dan itu membantu ketika memintas pelumba-pelumba lain. Ini adalah hari yang bagus untuk saya, pasukan, untuk Petronas dan untuk Malaysia.”
Pelumba Moto3, Zulfahmi pula hampir sahaja mendapat kedudukan diantara 10 teratas, namun satu insiden menyebabkan beliau hilang momentum dan kehilangan tempat. Di akhir perlumbaan Zulfahmi berada di kedudukan ke-14, masih lagi mampu untuk mengutip mata kejuaraan.
Pelumba Malaysia baru di dalam Moto3 iaitu Amirul Hafiq melintasi garisan penamat pada tempat ke-18 walaupun bermula pada kotak 29 di grid. Azlan Shah Kamaruzaman (Moto2) pula mendpat tempat ke-24.
Untuk Shell Advance Asia Talent Cup pula, Muhammad Syafiq Rasol mendapat tempat ke-2, podium keduanya selepas mendapat tempat yang sama pada perlumbaan di Sepang beberapa minggu lalu.
Peningkatan prestasi pelumba dan jentera ini bukan sahaja membanggakan tetapi juga amat sesuai memandangkan Grand Prix Malaysia Shell Advance akan berlangsung pada Oktober 24-26 ini (selepas perlumbaan di Phillip Island).
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Datuk Razlan Razali berkata bahawa seramai 6 pelumba Malaysia akan menyertai perlumbaan tahun ini untuk kategori masing-masing, termasuk Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Mohammad Hafiza Rofa (kedua-duanya di dalam Moto3). Untuk Shell Advance Asia Talent Cup yang menjadi perlumbaan sampingan, seramai 7 anak muda Malaysia akan beraksi, termasuk Syafiq.
Beliau turut mengingatkan semua peminat sukan agar membeli tiket anda secepat mungkin. “Untuk 2 tahun berturut-turut, tiket yang ada habis terjual sebelum perlumbaan.”
Astro Publication
Tue Oct 14 2014
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
MotoGP sudah hampir! Okt 24-26
Semarakkan litar Sepang dengan sokongan anda kepada pelumba-pelumba muda Malaysia. Beli tiket sekarang sebelum habis terjual