"Adakah dengan tidak tandatangan, kita tidak pentingkan rakyat?" soal Mohd Shafie ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi, PH sanggup bekerjsama dengan kerajaan selepas mandat yang diberikan oleh rakyat telah 'dicuri'.
"Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Stolen (dirompak) mandat itu. Ya, kita akui betul. Kami bersetuju.
"Namun sekarang kita bekerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka. Kita tidak sedar hal itu. Di mana nilai dalam hidup kita?" soalnya lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata perhatian lebih diberikan kepada usaha mengumpulkan "nombor" bagi mendapatkan sokongan.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu juga mengakui bahawa beliau boleh memilih untuk berada di blok kerajaan, namun tidak berbuat demikian kerana prinsip yang dipegang.
"Adakan itu nilai saya (balik kepada kerajaan)?
"Adakah kita mementingkan rakyat tanpa kita tandatangan, maka kita tak pentingkan rakyat? Adakah bila kita tak tandatangan, kita tak pentingkan negara kita? Kita boleh berbahas di Parlimen," katanya lagi.
Pada Isnin, Kerajaan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
Memorandum persefahaman itu mengandungi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
* Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.
* Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.