KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) selaku pentadbir bersama agensi di bawah Kementerian Kewangan dan Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan dan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana COVID-19 telah memberi pengajaran kepada negara tentang kepentingan penambahbaikan dan penstrukturan semula terhadap sistem kesihatan dan ekonomi yang lebih cekap serta berdaya tahan.
"Sebagai Pengerusi MPN, saya memikul amanah untuk memastikan segala perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi kesan pandemik COVID-19, dapat berjalan seperti dirancang dan dipastikan mencapai matlamatnya.
"Untuk menjayakan matlamat MPN ini, pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat sahaja tidak memadai, sebaliknya memerlukan pendekatan seluruh negara bagi membolehkan usaha pemulihan negara berjalan lancar dengan mendapat sokongan dari seluruh pelosok tanah air," katanya ketika berucap pada majlis Diners Club Talk anjuran Maktab Ketahanan Nasional malam ini.
Dalam pada itu Muhyiddin turut menyentuh usaha kerajaan dalam melaksanakan proses vaksinasi yang pantas sehingga memperlihatkan hasil melalui pengurangan kes baharu COVID-19 di seluruh negara dengan statistik harian jangkitan menurun kepada empat angka dan kebanyakan kes dalam kategori tidak bergejala atau bergejala ringan.
Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa bersedia menghadapi ancaman yang mampu menggugat keselamatan rakyat dan kestabilan negara yang muncul tanpa amaran, pada masa hadapan.
"Tahap kesiapsiagaan itu bukan sahaja dalam aspek pertahanan, bahkan meliputi antaranya pemerkasaan kawalan penyakit, pembangunan vaksin dan sokongan yang mencukupi terhadap petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi frontliners kita.
"Dalam era baharu ini, kita perlu mengatur strategi, agar pada masa depan kita telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pandemik, bukannya baru hendak bertindak selepas dilanda pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Muhyiddin berkata, COVID-19 telah memberi pengajaran kepada negara tentang kepentingan penambahbaikan dan penstrukturan semula terhadap sistem kesihatan dan ekonomi yang lebih cekap serta berdaya tahan. - Gambar fail
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.
MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul
DDI yang menumpukan kepada sektor ekonomi yang membawa kepada pembangunan negara perlu diselaraskan dengan GLIC.
PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.
Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM
Rata-rata golongan sasar termasuk golongan ibu tunggal menyambut baik terhadap cadangan MPN dalam pembangunan sistem bersepadu selaras peningkatan insentif sebanyak RM1,000 setiap bulan melalui JKM.
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin
Kerajaan perlu bertindak pantas menyelesaikan isu perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, kata Muhyiddin Yassin.
Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal
Kerajaan perlu lebih fokus dan mengutamakan usaha dalam meningkatkan kemampanan sektor kritikal khususnya bagi mendepani cabaran krisis ekonomi global.
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).
MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.