Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
MALAYSIA

MPN putus tubuh Majlis Pemulihan di setiap negeri - Muhyiddin

Umavathi Ramayah 30/09/2021 | 05:19 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Majlis Pemulihan di peringkat negeri bagi membolehkan setiap keputusan dilaksanakan dengan segera dan proses pemulihan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) memutuskan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan di setiap negeri.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Majlis Pemulihan di peringkat negeri bagi membolehkan setiap keputusan dilaksanakan dengan segera dan proses pemulihan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau memberitahu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama MKN yang diadakan baru-baru ini.

"Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya memikul amanah untuk memastikan segala strategi dan usaha-usaha pemulihan negara yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa halangan.

"Mesyuarat pertama MPN telah memutuskan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan di setiap negeri supaya setiap keputusan dilaksanakan segera dan proses pemulihan dapat benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, peranan MPN menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjadi amat signifikan sebagai pembuka jalan dan pemangkin kepada pembaharuan dan perubahan yang perlu dilaksanakan.
#Dewan Rakyat #Pelan Pemulihan Negara #Muhyiddin Yassin #PPN