KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan permintaan terhadap semua jenis minyak dan lemak kembali meningkat, terutama bagi minyak sawit yang juga minyak sayuran dengan harga paling kompetitif di pasaran pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata Malaysia dan Indonesia yang menyumbang 85% daripada pengeluaran minyak global, akan menjadi tumpuan perdagangan minyak dan lemak antarabangsa.
Menurutnya, prestasi minyak dan lemak global bagi 2021 juga menunjukkan tahun ini sebagai paling mencabar bagi pihak pengeluar dan pengguna di serata dunia berikutan impak pandemik COVID-19 yang turut mengubah aliran penggunaannya.
Namun, beliau berkata masih terdapat tanda-tanda optimis di sebalik cabaran tersebut.
“Memandangkan 30% pengeluaran minyak dan lemak global adalah dari sumber Malaysia dan Indonesia, maka peranan kedua-dua negara ini amat penting dari segi unjuran harga minyak sawit,” katanya ketika membentangkan kertas kerja di seminar ‘Pointers on Price Trends’ anjuran MPOC secara dalam talian di sini, Isnin.
Maklumat Oil World menunjukkan pengeluaran minyak dan lemak global bersumberkan minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak biji sesawi diunjur meningkat kepada 242.76 juta tan pada 2021 daripada 238.61 juta tan pada 2020.
Daripada jumlah itu, minyak sawit muncul sebagai penyumbang terbesar dengan sumbangannya dijangka mencecah 32% dan diikuti oleh minyak soya (25%), minyak lain (24%), minyak biji sesawi (11%) dan minyak bunga matahari (8%).
Menurut Oil World, penggunaan minyak dan lemak berasaskan minyak sawit juga kekal terbesar sebanyak 31% berbanding saingan terdekat, minyak soya pada 25%.
Wan Zawawi berkata secara keseluruhannya, industri minyak dan lemak turut memberi tindak balas positif terhadap pembukaan semula aktiviti ekonomi di negara-negara pengguna utama seperti peningkatan eksport di kebanyakan negara.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan pemulihan berterusan di peringkat ekonomi global dan harga minyak dan lemak itu akan kekal kukuh sehingga sekurang-kurangnya pada akhir 2021.
“Destinasi eksport utama bagi minyak sawit kita untuk tempoh Jan-Sept, 2021 adalah India yang mencatat sebanyak 22.15% diikuti oleh China (11.38%), Belanda (6.40%) dan Turki (4.37%).
“Oleh kerana sebahagian besar negara-negara telah bertindak melonggarkan sekatan masing-masing, harga komoditi utama ini kembali ketara dan terbukti menerusi peningkatan harga minyak sawit yang memulakan tahun ini pada paras RM3,700 satu tan dan seterusnya melebihi RM4,500 satu tan pada Mei lepas. Malah, harga itu terus stabil,” katanya.
Seminar Pointers secara dalam talian selama seminggu itu menyediakan akses untuk peserta di serata lokasi dunia dan mengetengahkan topik termasuk elemen asas yang mempengaruhi harga minyak sawit mentah pada masa ini serta potensi produk sawit bagi sektor tenaga boleh baharu Jepun.
Acara tersebut turut mengetengahkan perkongsian pandangan dan analisis oleh pakar pasaran mengenai pasaran minyak sawit mampan Malaysia serta prospek minyak sawit di negara-negara Asia bagi 2022 dan tempoh seterusnya.
Dagang News
Tue Oct 19 2021
MPOC menjangkakan pemulihan berterusan di peringkat ekonomi global dan harga minyak dan lemak itu akan kekal kukuh sehingga sekurang-kurangnya pada akhir 2021.
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Malaysia mesti teroka pasaran lain minyak sawit yang berpotensi tinggi - MPOC
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menggesa pemain-pemain industri minyak sawit beralih secara strategik ke arah meneroka pasaran lain yang berpotensi tinggi untuk eksport minyak sawit.
Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.
Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian - Fadillah
Malaysia dan rakyatnya harus bekerjasama erat untuk mempertahankan khususnya minyak sawit dan produk komoditi pertanian negara secara amnya daripada peraturan-peraturan yang tidak adil.
MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa
Ia bagi meningkatkan pengiktirafan serta permintaan minyak sawit dan produk sawit keluaran Malaysia.
Lapor segera pelabelan negatif produk berasaskan minyak sawit - MPOC
Produk dengan label 'Tanpa Minyak Sawit' kini dijual oleh peruncit dan pasar raya di Malaysia meskipun negara berusaha keras untuk mempromosikan kebaikan minyak sawit.
Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar
Pakar antarabangsa berkata Malaysia mesti secara agresif menguar-uarkan inisiatif kelestarian minyak sawitnya.
Produk minyak sawit lestari keluaran Malaysia mula dijual di Dubai - MPOC
MPOC menandatangani MoU dengan konglomerat multinasional India yang mengoperasikan 224 kedai runcit di 22 negara.