MRT Corp Sdn Bhd hari ini memperkenalkan lima inisiatif keselamatan, kesihatan dan persekitaran untuk pembinaan projek MRT di Lembah Kelang (KVMRT).
Pengarah Standard dan Pematuhan syarikat itu, Syed Mahdhar Syed Hussain berkata inisiatif-inisiatif tersebut bertujuan untuk mengurangkan jumlah kemalangan di tapak pembinaan projek MRT.
Selain itu, ia juga bagi membentuk budaya mengambil perhatian mengenai keselamatan, kesihatan dan persekitaran di kalangan kontraktor.
Beliau berkata lima inisiatif tersebut adalah pengurusan reka bentuk yang membina, spesifikasi dan tanggungjawab kontrak, skim prestasi keselamatan, kesihatan dan persekitaran, skim keselamatan paspot dan program pelatih 'master'.
"Kami tidak akan bertolak ansur dalam hal keselamatan berkaitan dengan menyiapkan projek ini tepat pada masanya.
"Kita perlu menyiapkan projek ini pada masa yang ditentukan, dan dalam masa yang sama, kita tidak boleh menjejaskan keselamatan.
"Di sini terletaknya paradoks," kata Syed Mahdhar ketika menyampaikan taklimat kepada media di Pusat Latihan KVMRT di sini hari ini.
Katanya, ia satu cabaran dalam menguruskan sub kontraktor dan bukan kontraktor utama, termasuk mengendalikan pekerja asing yang tidak faham mengenai perkara itu.
"Sesetengah pekerja asing asalnya petani di tanah air mereka. Mereka datang ke negara ini untuk mendapatkan sedikit pendapatan.
"Jadi, untuk mereka, keselamatan tidak mempunyai apa-apa makna. Bagi mereka, jika boleh dapat RM80 sehari, sudah cukup baik. Inilah cabaran yang kita ada untuk menguruskan mereka," katanya.
Syed Mahdhar berkata, dengan inisiatif seperti ini, diharapkan kontraktor akan menerajui perubahan dalam aspek standard keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dalam industri pembinaan Malaysia.
Antara kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa di tapak pembinaan adalah pada tahun 2014, di mana sebuah span seberat 300 tan tiba-tiba jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap dan membunuh pekerja asing.
Ekoran itu, bekas bekas pegawai eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid meletakkan jawatannya.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jun 10 2016
MRT Corp Sdn Bhd hari ini memperkenalkan lima inisiatif keselamatan, kesihatan dan persekitaran untuk pembinaan projek MRT di Lembah Kelang.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
MRT Corp perkenal lima inisiatif MRT keselamatan, kesihatan dan persekitaran
MRT Corp Sdn Bhd hari ini memperkenalkan lima inisiatif keselamatan, kesihatan dan persekitaran untuk pembinaan projek MRT di Lembah Kelang.