Tiada sebarang rundingan pernah dibuat di antara Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan bahagian Shah Alam selama ini dalam menentukan isu calon di bahagian tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menegaskan, ia sekali gus
mengaburkan peluang untuk calon tempatan menjadi wakil rakyat dan menabur bakti kepada penduduk setempat mereka sendiri.
"Harapan pengundi-pengundi Shah Alam sepanjang empat tahun mereka bersama turun padang, tiada lagi calon payung terjun diberi selagi ada peluang calon tempatan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
"Tiga penggal berturut turut Shah Alam menerima calon luar dan tidak dari pimpinan bahagian dan dua kali PRU sebelum ini BN Shah Alam tewas.
"Tiada rundingan di antara Ahli MT dengan UMNO Shah Alam dalam isu memberi ruang kepada calon tempatan atau siapa yang layak untuk bertanding di sini, " katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Ahli MT UMNO bakal jadi calon BN di Shah Alam?
BACA: Hanya 'kepala perang' boleh jadi calon di Shah Alam - Penganalisis politik
Sebelum ini seorang ahli MT UMNO disebut-sebut bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam pada PRU kali ini.
Menurut sumber, pemilihan nama calon itu juga sudah mendapat perhatian dan makluman pimpinan tertinggi parti.
Dalam pada itu tegas Azhari, UMNO Shah Alam secara konsensus hingga ke akar umbi tidak mahu lagi calon luar menjadi wakil mereka.
"Ketetapan ini juga telah kami usulkan di hadapan kepimpinan tertinggi parti. Di Shah Alam, pengundi-pengundi menilai calon yang konsisten turun padang dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
"Popular atas nama tetapi tiada engagement dan tiada jasa serta khidmat bakti pada masyarakat akan ditolak pengundi-pengundi bandar di Shah Alam.
"Jika calon luar bertanding lagi di Parlimen Shah Alam untuk kali keempat penggal, ia akan memberi impak negatif sokongan pengundi-pengundi pada calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dari pimpinan bahagian," jelasnya.
Sebelum ini, Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian berkata, pengundi di Shah Alam mencari seorang 'kepala perang' iaitu calon yang boleh mewakili dan membawa literasi politik jauh lebih tinggi di Shah Alam pada PRU kali ini.
Jelasnya, majoriti Melayu kelas menengah bandar di kawasan itu juga mahu calon yang mempunyai pendirian politik lebih kritikal untuk menjadi wakil rakyat mereka.
Wan Syamsul Amly
Wed Feb 28 2018
AZHARI: Tiada rundingan di antara Ahli MT dengan UMNO Shah Alam dalam isu memberi ruang kepada calon tempatan atau siapa yang layak untuk bertanding di sini. - Gambar fail
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.