PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 pada sesi pertama Parlimen tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, perkara itu telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Tanah Negara (MTN) ke-79, Jabatan Peguam Negara, serta Jemaah Kabinet.
Jelas Perdana Menteri lagi, selain RUU tersebut, terdapat tiga lagi kertas telah dibentangkan di Mesyuarat MTN, mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan perhutanan dan perlombongan.
"Mesyuarat MTN Ke-79 telah bersetuju dengan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 Disember 2020 dan Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021.
“Dalam konteks ini pemakaian Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Perhutanan (Pemakaian) masing-masing,” katanya lagi.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, MTN juga telah bersetuju dengan Tindakan Penguatkuasaan dan Penyelesaian Terhadap Penerokaan Haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.
Semua kerajaan negeri, kata Perdana Menteri, perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
Selain itu, katanya lagi, MTN juga telah bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.
“Dalam hal ini, MTN Ke-79 juga mengambil perhatian bahawa terdapat 127,050.25 hektar Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam HSK yang belum diluluskan kepada mana-mana syarikat.
“Oleh yang demikian, sebelum moratorium dikenakan ke atas kawasan tersebut, Kerajaan Negeri yang ingin meneruskan pembangunan ladang hutan perlu melaksanakan perundingan secara terperinci dengan KeTSA bagi memastikan syarikat-syarikat yang akan dilantik mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi serta lain-lain perundangan yang berkuatkuasa,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata, MTN Ke-79 juga telah mengesahkan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri (Datuk Seri Azmin Ali) pada 16 Februari 2021.
“Keputusan-keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mineral, katanya lagi, perlu dibawa untuk persetujuan dan pengesahan MTN.
“Ini bagi membolehkan keputusan-keputusan tersebut dipersetujui dan disahkan khususnya yang melibatkan aspek perundangan seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta enakmen berkaitan di peringkat negeri,” kata Perdana Menteri.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Dec 03 2021
Antara perkara dipersetujui, kata PM, semua kerajaan negeri perlu tangani penerokaan haram, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022. - Foto PMO
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin
Setiap negeri mempunyai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengusahasilan balak setiap tahun, yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN).
MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri
Antara perkara dipersetujui, kata PM, semua kerajaan negeri perlu tangani penerokaan haram, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
Tiada kelulusan baharu pembalakan - Sanusi
Projek mengeluarkan balak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik yang tular baru-baru ini, sebenarnya telah diluluskan pada 2017.
Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
Sarawak memohon peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok.
Kerajaan perlu semak Dasar Perhutanan Negara - Anwar
Majlis Tanah Negara diminta untuk menyemak kembali Dasar Perhutanan Negara yang digubal pada tahun 1977 agar ia diperkemas sesuai dengan situasi semasa.
Mesyuarat MTN setuju garis panduan perolehan hartanah dikuat kuasa
Majlis Tanah Negara (MTN) hari bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.