KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bakal menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut sumber dalaman Muda, partinya telah meletakkan syarat kerjasama itu akan terbatal sekiranya Warisan membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Difahamkan satu sidang media khas mengenai kerjasama Muda dengan Warisan -- yang kini mengembangkan sayapnya ke Semenanjung -- akan diadakan dalam masa terdekat.
"Kami (Muda) tidak menyertai Warisan tetapi hanya menjalinkan kerjasama dengan parti itu yang kini sudah mengembangkan sayap mereka ke Semenanjung.
"Memandangkan Muda masih lagi tidak diluluskan pendaftarannya, kami perlu mencari alternatif untuk terus bergerak ke hadapan.
"Malah kerjasama dengan Warisan ini juga satu isyarat kepada kerajaan yang enggan meluluskan pendaftaran kami bahawa Muda tidak akan mati biarpun usaha mendaftar parti tidak berjaya," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Sumber itu juga memaklumkan Muda akan terus bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain seperti Pakatan Harapan dalam usaha mereka menentang PN.
Malah Muda juga meletak syarat akan menilai semula kerjasama dengan parti pembangkang sekiranya ada di antara mereka yang bekerjasama dengan pihak yang dilabel 'kleptokrat’.
"Biarpun kami dilihat rapat dengan gabungan pembangkang tetapi kami meletak syarat akan menilai semula kerjasama jika ada yang bekerjsama dengan kleptokrat yang ditolak rakyat.
"Muda tetap dengan pendirian tidak akan bersama PN, Muafakat Nasional (MN), Barisan Nasional (BN) dan kleptokrat kerana keseluruhannya telah rosak.
"Kami mahukan pembaharuan, bukan terperangkap dengan yang lama," kata sumber itu lagi.
Pada Sabtu malam, pengasas Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan akan membuat pengumuman berhubung desas-desus partinya akan bekerjasama dengan Warisan.
Bercakap dalam program siaran langsung di Facebook, “Borak Jam 10” berjudul “Kita Unite” yang turut menampilkan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Syed Saddiq menyifatkan gaya atau corak politik bekas ketua menteri Sabah itu sangat baik untuk Malaysia.
Irwan Muhammad Zain
Sun Apr 18 2021
Muda juga meletak syarat akan menilai semula kerjasama dengan parti pembangkang sekiranya ada di antara mereka yang bekerjasama dengan pihak yang dilabel 'kleptokrat.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[TIDAK RASMI] PRN Johor: MUDA kuasai DUN Puteri Wangsa
Amira Aisya Abd Aziz menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan memperolehi 18,891 undi.
Apa langkah seterusnya buat MUDA? Agenda AWANI 8.30 malam ini
Selepas akhirnya dapat menjadi sebuah parti yang sah, apa perancangan MUDA untuk memperjuangkan politik baharu di negara ini?
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga September' - MUDA
Parti Ikatan Demokratik Malaysia sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti.
Isu pendaftaran parti: Permohonan MUDA cabar tindakan menteri, RoS didengar 12 Ogos
12 Ogos tarikh mendengar permohonan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Muda bakal bekerjasama dengan Warisan, tetap tolak PN - Sumber
Muda telah meletakkan syarat kerjasama itu akan terbatal sekiranya Warisan membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Kes baharu COVID-19 terus meningkat, MUDA desak menteri tidak berfungsi dipecat
MUDA menegaskan darurat yang diisytiharkan tidak meringakan beban rakyat kerana masih perlu menjelaskan segala tanggungjawab kewangan dan kehilangan sumber rezeki.
Jabatan Peguam Negara bantah permohonan MUDA cabar tindakan RoS tolak pendaftaran parti
Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.
Hentikan sebentar perebutan kuasa, gesa Syed Saddiq kepada parti politik
Tempoh berdamai antara semua parti politik adalah penting kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita