Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang keadaan banjirnya disifatkan sebagai serius.
Beliau berkata arahan itu diputuskan setelah beliau mendapat taklimat terkini tentang bencana alam itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, hari ini untuk melihat sendiri situasi banjir di negeri ini.
"Daripada taklimat tadi, kita dapati ia masih tidak mencukupi kerana banjir ini luar jangkaan. Bot yang disediakan mungkin tak cukup, helikopter, telah kita sediakan tujuh... bilangan masih tidak memadai.
"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, di sini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muhyiddin turut mengarahkan agar stok barangan keperluan seperti makanan dipertingkatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu daripada keperluan untuk tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi
mengelakkan masalah kekurangan.
"Dari segi soal bekalan bahan makanan ia sebenarnya mencukupi, cumanya penyampaian makanan ke pusat pemindahan banjir agak menghadapi banyak cabaran kerana tidak boleh dilalui sebab air deras, tidak boleh dihantar melalui udara kerana cuaca tak menentu.
"Ini hal-hal yang perlu diuruskan dalam keadaan agak luar biasa...tetapi kita sudah putuskan tadi, pertama bekalan makanan biasanya kalau stok untuk tiga hari, sekarang mesti untuk lima ke seminggu supaya tak perlu kita hantar
berkali-kali," katanya.
Beliau berkata jenis barangan yang akan ditambah kepada jumlah sedia ada adalah sardin, beras, telur dan keperluan lain, dan beliau telah pun mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar melaksanakannya dengan segera.
Selain itu MKN juga diminta untuk membeli sebanyak mungkin 'power bank' bagi kegunaan pihak urusetia di setiap pusat pemindahan agar komunikasi menggunakan telefon pintar tidak terjejas.
Dalam pada itu, timbalan perdana menteri turut meminta supaya bekalan air bersih dan diesel diberi keutamaan di beberapa PPS yang terputus bekalan elektrik bagi memastikan generator kekal berfungsi.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga akan mempertingkatkan bekalan minyak diesel yang dikatakan kritikal di sesetengah tempat termasuk hospital yang terjejas banjir.
"Bekalan diesel (buat masa kini) mencabar dan diberitahu keadaan agak kritikal tapi bekalan itu boleh ditambah dan dihantar ke tempat yang memerlukan termasuk sepuluh buah hospital yang kini terjejas," katanya.
Menurutnya beberapa isu lain termasuk soal pemindahan pesakit di hospital yang terjejas akan diuruskan dengan segera dan Muhyiddin meminta semua penduduk yang terjejas banjir di Kelantan agar bersabar menangani musibah yang tidak dijangka itu.
"Dalam keadaan macam mana pun kita akan cuba tangani, yang penting kita nak selamatkan semua nyawa. Jangan ada yang terkorban oleh sebab kelalaian kita.
Saya juga berharap penduduk lakukan sembahyang hajat agar keadaan ini semakin baik buat semua," kata timbalan perdana menteri.
Muhyiddin juga berharap agar kerajaan Kelantan dapat bersama-sama membantu kerajaan pusat dalam menangani isu banjir di negeri itu agar kebajikan penduduk yang terjejas tetap terjamin.
Mengenai peruntukan segera sebanyak RM50 juta kepada negeri terjejas seperti diumumkan Kementerian Kewangan baru-baru ini, Muhyiddin berharap ia dapat digunakan dengan baik dalam tujuan dan mempunyai hubung kait dengan bencana itu.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa Kelantan dianak tiri dalam isu banjir ketika ini, sebaliknya, Muhyiddin menegaskan bahawa soal kebajikan dan keselamatan penduduk yang terjejas tetap menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan.
"Ini tidak ada kena mengena soal politik. Kami langsung tidak fikir soal Umno atau PAS. Kita fikir soal rakyat sama ada di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak. Mana-mana yang ada masalah banjir kita bantu seadil-adil yang boleh," katanya.
Beliau juga tidak lupa melahirkan penghargaan kepada kesemua petugas agensi yang terlibat kerana melakukan tanggungjawab mereka dengan baik tanpa mengira masa.
Bernama
Fri Dec 26 2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang keadaan banjirnya disifatkan sebagai serius. -Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.