KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dana politik yang diterima UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan, pemimpin parti termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga perlu disiasat bagi mengetahui sumber sumbangan politik itu.
“Saya nak cabar SPRM supaya siasat Anwar dan Zahid. Kenapa? Mereka berdua adalah Presiden PKR dan UMNO. Tanya dia, siasat di mana punca dana yang diterima oleh UMNO dan PKR.
"Sejak awal lagi, dari manakah sumber yang mereka perolehi, atau sumber manakah DAP dan PH terima setakat ini. Jawab!,”katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Ahad.
Muhyiddin juga mahu UMNO, PKR dan DAP memberi jawapan kepada persoalan adakah parti itu tidak menerima sumbangan dana politik dari mana-mana ahli perniagaan.
”Sebelum PRU15, UMNO adalah parti utama dalam kerajaan persekutuan, PM dari UMNO. UMNO juga ketuai kerajaan. Nak tanya adakah UMNO tidak menerima sumbangan dana politik daripada ahli perniagaan? Jawab!
“PKR pula mengetuai Selangor, Negeri Sembilan, dan DAP di Pulau Pinang. Tanya mereka adakah mereka tidak menerima sumbangan politik dari mana-mana ahli perniagaan?,” tegasnya.
Tambah Muhyiddin, banyak laporan dibuat ahli Bersatu agar SPRM menyiasat sumber dana daripada parti-parti lain.
Namun, ujarnya, tiada tindakan lanjut dilakukan SPRM, sebaliknya hanya Bersatu disiasat suruhanjaya itu.
“Hanya saya didakwa sebagai Presiden Bersatu. Presiden parti lain dikecualikan daripada siasatan dan pendakwaan. Bukankah ini satu bentuk pendakwaan politik yang terpilih?
“Malah,semasa proses siasatan masih berjalan, banyak kali media arus perdana secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, telah memetik sumber SPRM kata mereka... mengatakan saya akan ditahan dan didakwa, seolah-olah mereka sudah tahu saya akan didakwa walaupun siasatan belum lagi selesai,” jelasnya lagi.
Justeru tegas Muhyiddin, beliau tidak bersalah dan segalanya akan dijawabnya di mahkamah kelak.
“Saya harap mahkamah berlaku adil kepada saya,” ujar beliau.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 12 2023
Muhyiddin berkata, SPRM perlu menyiasat kedua-dua pimpinan tertinggi negara itu dan bukannya membuat pendakwaan terpilih terhadapnya dan Bersatu. - Gambar/ Sinar Harian
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.