Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendahului kiraan sokongan ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sokongan itu diterjemah melalui sokongan sejumlah 97 ahli Parlimen daripada enam parti.

Ia merangkumi Bersatu (36), UMNO (39), Pas (18), MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1) menjadikan keseluruhan 97 ahli Parlimen menyokong beliau.

Sementara, calon yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini mendapat sokongan 92 ahli Parlimen merangkumi tiga parti iaitu PKR (39), Amanah (11) dan DAP (42).

Dalam pada itu, sehingga 7.30 Jumaat petang, beberapa parti masih belum menyatakan pendirian mereka.

Parti-parti tersebut adalah GPS (18), Warisan (9), STAR, PBS, UPKO, PSB dan Bebas masing-masing satu menjadikan keseluruhan 32 ahli Parlimen.

Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin Alternative

Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beberapa parti dan ahli Parlimen Bebas masih belum menentukan keputusan mereka.