Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan bertujuan untuk memecah belahkan parti.
Menurut Salleh, keputusan itu sebagai mengutamakan soal disiplin parti tanpa mengira apa jawatan sekali pun.
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan keputusan tersebut hanya melibatkan penggantungan jawatan sahaja dan bukannya keahlian Muhyiddin di dalam UMNO.
BACA: Gantung jawatan: Saya akan terus bersuara - Muhyiddin
BACA: Tindakan ke atas Muhyiddin kerana gagal menjalankan tugas - Annuar Musa
VIDEO: Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO - Tengku Adnan
"Beliau masih boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan anggota parti kerana ini bukannya penggantungan keahlian, ia hanya penggantungan menjalankan tugas," kata Salleh pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keahlian dan Daftar Mengundi 2016 di sini.
Salleh juga turut mengakui Muhyiddin banyak membantu parti sebelum ini.
Namun katanya, keputusan penggantungan jawatan timbalan presiden parti harus dilakukan berikutan perbezaan pendapat dan pendirian dalam beberapa isu yang boleh menjejaskan kekuatan parti.
"Seorang timbalan presiden itu harus mampu membantu Presiden dalam menguatkan parti.
"Tetapi, dalam hal ini, mereka berpendapat Tan Sri Muhyiddin gagal berbuat demikian," ujarnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat MT yang berlangsung di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Astro Awani
Sat Feb 27 2016
SALLEH: Beliau masih boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan anggota parti kerana ini bukannya penggantungan keahlian, ia hanya penggantungan menjalankan tugas. - Gambar Fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan
Penganjuran itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN
Sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara, kata Ismail Sabri.
Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan
Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut politik di Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata MT UMNO tidak boleh dilihat berdiam diri dengan tindakan membelakangkan keputusan parti.
Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P