KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat MPN Isnin depan.
Beliau berkata laporan itu penting untuk diteliti dan dibincangkan bagi memastikan seluruh sistem pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dapat kembali seperti biasa apabila institusi pendidikan negara dibuka secara beransur-ansur mengikut fasa Pelan Pemulahan Negara (PPN).
Menurutnya MPN perlu mengetahui secara lebih dekat apa yang diputuskan oleh kedua-kedua kementerian itu selain meneliti apa lagi perkara yang perlu diberikan perhatian supaya seluruh sistem pendidikan dapat kembali kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara biasa.
"Laporan itu akan diteliti oleh majlis (MPN). Kalau ada penambahbaikan yang kita (MPN) hendak cadangkan, akan dibincang bersama-sama supaya pembukaan sekolah secara fizikal dapat dilihat secara beransur," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat membeli-belah AEON Mall AU2 di sini hari ini.
Beliau berkata antara perkara yang akan diambil perhatian dalam isu sektor pendidikan itu adalah kebimbangan ibu bapa, jaminan keselamatan pelajar di sekolah dan isu vaksinasi di peringkat sekolah menengah atau sekolah rendah yang belum diputuskan.
Katanya perkara lain yang akan diberi perhatian dalam mesyuarat berkenaan ialah isu sebilangan kecil guru yang tidak mahu divaksinasi dan isu berkaitan sektor peruncitan dan perniagaan.
Ditanya mengenai tinjauannya di pusat membeli-belah berkenaan, Muhyiddin berkata hampir semua peniaga yang ditemuinya menyatakan perniagaan mereka sudah mula meningkat walaupun premis mereka baru dibuka antara satu dan dua bulan.
"Saya percaya bila kita sudah mula buka perniagaan sebegini dengan bantuan yang telah diberikan dalam pakej rangsangan yang pelbagai maka aktiviti (ekonomi) akan meningkat. Ini penting untuk kita lihat proses pemulihan dapat berlangsung dengan licin dan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbas MySejahtera ketika mengadakan tinjuan di Pusat Beli-belah AEON AU2 Setiawangsa di Taman Keramat bagi melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.