Manifesto Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan dan harapan rakyat, didekatkan lagi kepada mereka, melalui semangat program 1Malaysia turun padang pemimpin, menjelang pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.
Hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa daripada kesibukan jadual lawatannya ke Sabah, untuk melakukan tinjauan mesra di Tamu (Bazar) Putatan selama satu jam sebelum melawat Paitan, Beluran dan Sandakan, suatu tindakan yang mencerminkan konsep sebenar 1Malaysia.
Muhyiddin yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, calon BN bagi kawasan Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan calon kerusi negeri Petagas Datuk Seri Yahya Hussin, bersalaman mesra dengan para peniaga kecil dan orang ramai di bazar itu.
"Ia suatu kejutan buat kami. Seingat saya, tidak pernah saya dengar atau berjumpa dengan seorang timbalan perdana menteri datang berkunjung ke bazar ini sebelum ini.
"Saya gembira kerana akhirnya saya berpeluang juga bertemu dengan beliau dan saya sungguh tersentuh dengan sikap rendah diri dan kesederhanaan beliau. Saya tidak sangka seorang pemimpin hebat seperti timbalan perdana menteri sanggup meninjau pasar kami...inilah jenis pemimpin yang kami mahukan," kata penduduk Putatan Maruf Ismail.
Maruf, 52 tahun, berasal dari Kampung Ketiau, berkata para pemimpin BN benar-benar mempraktikkan konsep 1Malaysia, yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan turun ke padang untuk mendengar sendiri rungutan dan masalah peniaga kecil dan penduduk Putatan.
"Saya boleh lihat perbezaan antara pemimpin BN dan pembangkang. Perdana menteri kita (Najib) dan timbalan perdana menteri (Muhyiddin) benar-benar ikhlas dalam memperjuang nasib rakyat.
"Kesederhanaan dan sikap rendah diri mereka semasa menyapa rakyat biasa, amat menyentuh hati saya. Saya berharap BN akan terus memerintah selepas PRU13," katanya.
Seorang pemimpin komuniti Putatan, Othman Abdul Hamid berkata terdapat perubahan besar dalam pendekatan BN menangani dan menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat, terutama selepas pilihan raya umum 2008.
"Para pemimpin BN sentiasa turun padang dan mendengar keluhan dan aduan rakyat. Ini merupakan dimensi baharu bagi Malaysia, dan pada pilihan raya umum ini saya amat yakin BN akan terus menjadi pilihan nombor satu, terutama di Sabah.
"Bagi kerusi negeri Petagas, penyandang Datuk Yahya Hussin masih merupakan pilihan terbaik bagi kami. Beliau banyak melakukan usaha merubah Putatan daripada sebuah pekan koboi menjadi perbandaran kosmopolitan," kata bekas wartawan penyiaran RTM itu.
Bernama
Thu Apr 18 2013
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.