Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan," kata Najib dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Perhimpunan Agung UMNO ke-69 akan bermula hari ini hingga Sabtu.
Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
BACA: Derma RM2.6 bilion bukan dari dana awam, 1MDB - Najib
Najib berkata berkata Muhyiddin juga telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.
"Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya," kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.
Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet, Julai lepas.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika ini juga pelbagai sesi penerangan telah dan sedang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Beliau turut memperjelaskan sekali lagi berkaitan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut.
"Kita ada pelan rasionalisasi dan keadaan ini mungkin tidak akan berlaku kalau IPO (terbitan awam permulaan) pada bulan November 2014 itu telah dapat kita lancarkan," katanya.
"Apabila sentimen terlalu negatif dan isu ini telah dipolitikkan, jadi suasana pada masa itu tidak menggalakkan pelabur-pelabur bagi menimbulkan keyakinan pada mereka untuk membeli saham-saham dalam 1MDB," katanya.
Najib berkata keadaan itu menyebabkan IPO tidak dapat dilancarkan dan menyebabkan hutang tidak dapat dikurangkan.
Sebagai ganti, pelan rasionalisasi 1MDB telah diumumkan sebagai usaha mengurangkan hutang syarikat strategik pelaburan kerajaan itu.
"Saya kata berilah tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa masalah 1MDB dapat diselesaikan. Kabinet bersetuju dan saya pun telah membuat pengumuman secara terbuka dan kita dalam proses menyelesaikan masalah 1MDB.
"Kita telah dapat lihat bahawa ada tanda-tanda bahawa isu ini memang boleh diselesaikan terutama sekali apabila Edra (Edra Global Energy Bhd) telah dijual dan jumlah hutang dengan penjualan tersebut telah susut lebih kurang RM17 billion," jelasnya.
Edra, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya, CGN Group untuk RM9.83 bilion.
CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac, 2015.
Bernama
Mon Dec 07 2015
NAJIB: Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.