Jelas Muhyiddin, kerjasama itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu kerana Anwar akan membawa sama komponen parti Pakatan Harapan (PH) lain termasuk DAP untuk membentuk kerajaan.
“Bila PRU nanti selesai dan jika UMNO tidak mempunyai jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan, kemungkinan Zahid akan jemput Anwar dan bersama parti PH termasuk DAP bagi bentuk kerajaan.
“Adakah orang yang sokong UMNO mahukan ini terjadi? Kalau tidak mahu maka orang UMNO perlu sokong PN bagi elak musibah berlaku,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Jentera PN Terenganu di Kuala Berang pada Rabu malam.
Jelas Muhyiddin, adalah menjadi tanggungjawab jentera PN untuk menyedarkan penyokong UMNO ini dan meyakinkan mereka untuk mengundi PN pada PRU15 nanti.
“Inilah jihad yang perlu kita teruskan untuk sedarkan orang Melayu dan penyokong UMNO.
“Kalau kita tidak ambil langkah dan beri kefahaman yang betul, mereka akan undi BN dan PH, saya takut kalau lepas PRU kita hadapi yang teruk,” katanya.
Beliau juga menyatakan PRU kali ini adalah untuk rakyat selamatkan negara supaya tidak terjerumus ke kancah kerosakan yang sukar untuk dibetulkan.