IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang menganggap Mat Kilau bukan nasionalis tetapi sebagai pemimpin petani konservatif.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, kenyataan itu jelas prejudis kepada sikap antikolonial Mat Kilau yang sepatutnya dilihat sebagai satu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia.
Jelas beliau, tindakan itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP itu yang bertindak semberono demi populariti murahan untuk mengambil hati kelompok kecilnya.
"Apakah kerana namanya Mat Kilau seorang Melayu, Ramasamy jadi buta kepada prinsip mulia ini?
"Beliau tak perlu heret kepentingan sempit politik kelompoknya dengan cuba menafikan perjuangan antipenjajahan Mat Kilau.
"Tema Mat Kilau bukan tentang Mat Kilau seorang nasionalis atau tidak, jauh sekali mengukuhkan UMNO atau mana-mana kelompok tetapi filem Mat Kilau adalah simbol antipenjajahan, antipenindasan dan anti pengkhianatan yang sepatutnya dimurnikan dalam politik negara yang gersang dengan semua nilai-nilai ini," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
BACA: Mat Kilau hero sebenar anti rasuah, pengkhianatan - Mujahid
Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak berkata, kisah perajurit British berbangsa Sikh cuba diheret bagi menimbulkan kemarahan keturunan Sikh Malaysia sedangkan sejarah membuktikan penjajah itu memang menggunakan khidmat dari kelompok tersebut untuk menindas wilayah yang dikuasainya.
Menurutnya, British juga menggunakan pemimpin elit tempatan untuk memenuhi nafsu penjajah mereka.
Jelasnya, keturunan Sikh Malaysia tidak perlu tersinggung kerana Mat Kilau tidak pernah membenci mereka, Mat Kilau hanya pembenci kepada penjajahan.
Dalam laporan media pada 12 Julai lalu, Ramasamy menerusi kenyataannya meragui sama ada Mat Kilau boleh dianggap sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya.
Beliau menyifatkan Mat Kilau hanya pemimpin petani bersama pengikutnya berkonfrontasi dengan British dalam usaha mengembalikan dasar ekonomi yang bermoral. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022
MUJAHID: Apakah kerana namanya Mat Kilau seorang Melayu, Ramasamy jadi buta kepada prinsip mulia ini? - Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.