Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abang Johari Tun Openg pada Ahad mengesahkan parti itu sedang mengenal pasti beberapa muka baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Katanya, calon-calon yang berpotensi kini sedang dalam tapisan, manakala penyandang yang berprestasi sepanjang penggal yang lalu sedang dinilai.
"Beberapa ahli parlimen veteran juga telah menyatakan pendirian untuk bersara dan kesediaan untuk mengundurkan diri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB di ibu pejabat parti itu, di sini.
Pada masa sama, katanya, jentera pilihan raya parti itu telah diarahkan untuk melakukan persediaan bagi menghadapi "hari penting".
Dalam PRU yang lalu, PBB menyapu bersih kesemua 14 kerusi yang ditandinginya.
Abang Johari, pada sidang media sama, turut mengumumkan parti itu akan mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agungnya pada tahun hadapan.
"Sebuah jawatankuasa yang diketuai pemangku Timbalan Presiden, Datuk Douglas Uggah Embas telah dibentuk dan akan dibantu oleh Datuk Amar Awang Tengah untuk mengendalikan mesyuarat ini.
"Mereka akan menetapkan tarikh dan tempat perhimpunan.
"Tetapi yang pasti, pemilihan peringkat ranting dijangka akan bermula pada Oktober depan," tambahnya lagi.
Kali terakhir PBB mengadakan mesyuarat agungnya adalah pada Oktober 2013 di Pusat Konvensyen Borneo.
Rudi Affendi Khalik
Sun Aug 27 2017
ABANG JOHARI: Beberapa ahli parlimen veteran juga telah menyatakan pendirian untuk bersara dan kesediaan untuk mengundurkan diri. -Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.