Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transperancy International sebagai komitmen memerangi rasuah dan mendukung integriti.
Katanya, komitmen itu adalah apa yang menjadi kepercayaan dan pegangan beliau selama ini.
"Saya menganggap integriti satu nilai murni yang perlu diutamakan dalam segala aspek hidup kita, lebih-lebih lagi dalam proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela untuk menggalakkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban serta mendukung kedaulatan undang-undang.
Mukhriz pada masa sama berikrar tidak menerima atau memberi rasuah serta menolak mana-mana amalan rasuah.
Ikrar sama sebelum ini ditandatangani antaranya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Mukhriz turut menyeru semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum nanti supaya membuat ikrar berkenaan yang katanya bukanlah sesuatu yang susah.
"Hanya pergi ke laman web Transparency International kemudian tandatangan. Segala butiran ikrar kita akan dimuatkan dalam laman web berkenaan," ujar Mukhriz.
Ikrar integriti itu adalah satu inisiatif sukarela dan kawalan kendiri yang mengandungi empat perkara iaitu menolak rasuah, mendukung kepentingan rakyat, tadbir urus yang baik serta telus dan patuh segala undang-undang yang berkaitan.
Sementara itu, Mukhriz enggan memikirkan soal apakah beliau akan bertanding di kerusi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebaliknya mengulangi kenyataannya sebelum ini menyerahkan
kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.
Mukhriz, penyandang kerusi Parlimen Jerlun, disebut-sebut sebelum ini akan dicalonkan di salah satu kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Jerlun.
Ashwad Ismail
Mon Apr 08 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hampir 1,000 syarikat tandatangan ikrar integriti korporat dengan SPRM
Inisiatif itu akan mewujudkan tadbir urus yang baik, budaya pengurusan risiko yang kukuh serta toleransi sifar terhadap kegiatan rasuah.
Syarikat pembekal kerajaan dicadang tandatangan ikrar integriti
Ia bagi memastikan syarikat terlibat mengamalkan sistem pematuhan yang ditetapkan dan sekali gus mengelakkan sebarang unsur rasuah.
Mukhriz tandatangani ikrar integriti pilihan raya
Mukhriz tandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transperancy International sebagai komitmen memerangi rasuah dan mendukung integriti.