Pakatan harapan (PH) sudah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor antara parti komponennya bagi bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan telah dicapai dengan baik antara parti komponen secara kesepakatan.
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding 18 kerusi DUN, DAP 14 kerusi manakala Amanah dan PKR masing-masing 12 kerusi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PH Johor di sini hari ini.
Muhyiddin berkata pecahan kerusi akan diumumkan kelak dan pembahagian kerusi yang sudah diselesaikan itu membolehkan jentera pilihan raya memulakan gerakan kerja menghadapi PRU14.
Beliau berkata PH merancang mengadakan rapat raksasa 6 April depan di bandar raya ini membabitkan lima pemimpin utama PH sebagai acara kemuncak lawatan mereka ke seluruh negara.
Konvensyen PH Johor juga dijangka diadakan pada April.
"Rapat raksasa akan diadakan pada sebelah malam di lokasi yang akan ditetapkan. Satu jawatankuasa pula sudah diwujudkan bagi mengadakan Konvensyen PH, namun, tarikhnya belum diputuskan," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden PPBM berkata parti itu akan mengambil tindakan melalui Lembaga Disiplin terhadap mana-mana anggota parti itu yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung isu pelanggaran perlembagaan parti.
"Kalau bukan anggota parti, kami akan rujuk kes tersebut kepada peguam sama ada wujud tindakan jahat untuk memalukan atau fitnah. Kalau mereka adalah anggota parti, sama ada mereka pegang jawatan atau tidak, kami akan serahkan kepada Lembaga Disiplin.
"Saya fikir mereka ini tidak layak lagi jadi anggota PPBM. Sesiapa yang memburukkan parti tanpa merujuk pucuk pimpinan, maka, kami anggap ini satu tindakan jahat dan kami akan ambil tindakan tegas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018
MUHYIDDIN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding 18 kerusi DUN, DAP 14 kerusi manakala Amanah dan PKR masing-masing 12 kerusi.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
DUN Johor kutuk tindakan kejam zionis setuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.
Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor ditubuh
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.
Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.
DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.
Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.
DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Johor wujudkan hab permotoran di Ayer Hitam
Hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri.