SANDAKAN: Pelajar sekolah rendah dari Kampung Nelayan Tengah, di sini, mengakui berasa takut untuk melalui jambatan gantung merentasi Sungai Batang di kampung berkenaan ekoran keadaannya yang daif dan sudah rosak.
Bagaimanapun, mereka terpaksa menggunakannya setiap hari untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar, tidak jauh dari kampung berkenaan.
Seorang pelajar Tahun Dua, Nursyazana Rustaman, berkata dia biasanya ditemani ahli keluarga lebih dewasa setiap kali menyeberang sungai menggunakan jambatan berkenaan.
Katanya, dia pernah mengalami detik cemas akibat hampir terjatuh disebabkan hilang keseimbangan ketika cuba mengelak paku yang tercabut daripada kayu jambatan berkenaan, sebelum ini.
"Saya hampir jatuh atas jambatan itu. Ia bergoyang sangat kuat. Mujur sempat pegang besi di tepi jambatan itu. Kemudian abang saya yang menemani saya bantu untuk bangun dan teruskan perjalanan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Kesukaran dihadapi penduduk terutama pelajar sekolah di kampung berkenaan menjadi perhatian masyarakat apabila gambar beberapa murid menggunakan jambatan uzur itu menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Sementara itu, murid Tahun Enam, Biverlyn Abd Hadi, berkata dia pernah jatuh kerana jambatan itu menjadi sangat licin pada waktu hujan.
"Saya pernah jatuh ketika hujan. Tapi syukur tiada apa-apa yang serius," katanya.
Murid Tahun Lima, Ismail Abdullah, pula berkata perkara paling menyeramkan mereka adalah memikirkan keadaan sekiranya terjatuh ke sungai itu yang mempunyai buaya.
"Memang takut, lebih-lebih lagi jambatan ini sudah rosak, ada banyak lubang. Kalau nak menyeberang, kena ada kawan tiga atau empat orang," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan gesaan banyak pihak yang mahukan jambatan gantung yang berusia lebih 30 tahun itu digantikan dengan jambatan lebih kukuh untuk kegunaan penduduk terutama pelajar.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sungai Manila Isgau Abdullah berkata jambatan sepanjang 150 meter itu telah usang dan dinaik taraf daripada bahan kayu sepenuhya kepada struktur sokongan konkrit serta jaringan dawai dengan laluan berkayu kira-kira 20 tahun lepas.
"Peruntukan RM100,000 untuk membaik pulih jambatan ini telah dimohon dan diproses oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 28 November lepas tetapi dengan keadaan sekarang, jumlah itu sudah tidak memadai, mungkin perlu sekitar RM500,000 untuk membina jambatan baharu yang lebih kukuh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai gotong-royong membaiki jambatan itu bersama penduduk kampung hari ini.
Isgau berkata buat sementara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat dan ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran, telah menyalurkan dana untuk menggantikan kayu yang patah serta tercabut di jambatan itu.
Beliau berkata kira-kira 90 peratus penduduk Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang menggunakan jambatan itu sebagai laluan utama untuk ke SK Sibugal Besar, bersolat jumaat di Masjid Nurul Hidayah dan menaiki bas awam di Kampung Sibugal Besar.
Katanya jurutera Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan jurutera MPS dijadual meninjau jambatan itu Khamis ini serta membuat penilaian semula berdasarkan peruntukan RM100,000 yang telah dimohon.
Sementara itu, penduduk Kampung Nelayan Tengah, Hajiril Hajid, 62, berkata meskipun bersyukur kerana belum pernah berlaku insiden yang tidak diingini namun meminta kerajaan mengambil tindakan segera kerana keadaan semasa jambatan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
"Antara perkara yang merisaukan ialah keadaan sungai ini yang mempunyai buaya. Kita tidak mahu ada insiden membabitkan haiwan ganas itu lebih-lebih lagi jambatan ini sering digunakan anak-anak untuk ke sekolah," katanya yang juga seorang nelayan.
Radhi Muslim
Tue Jan 11 2022
Murid yang tinggal di kampung berkenaan terpaksa menggunakan jambatan itu setiap hari untuk ke SK Sibugal Besar. - Gambar/ Bernama
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Murid akui takut guna jambatan uzur, terbayang jatuh sungai ada buaya
Mereka terpaksa menggunakannya setiap hari kerana terpaksa untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar.