KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah mengarahkan semua aktiviti hutan termasuk kegiatan mengeluarkan hasil kayu seperti pembalakan, dihentikan sejak awal bulan ini sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya juga mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan meneruskan usaha pemantauan termasuk menggunakan dron bagi memastikan tiada sebarang aktiviti atau kegiatan haram dilakukan dalam tempoh tersebut.
"Menjelang musim tengkujuh biasanya semua kerja mengeluarkan hasil kayu seperti pembalakan dihentikan.
"Bagi aktiviti tidak berlesen (pembalakan haram) pihak Jabatan Perhutanan akan sentiasa memantau termasuk menggunakan dron ke kawasan yang dilapor berlaku pembalakan haram," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dua unit alat bantuan pernafasan (ventilator) bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Ahmad menyerahkan peralatan tersebut kepada Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Staff (Kesukas) Kampus HUSM merangkap Penyelaras Strategi Penjanaan HUSM (Unit Pembangunan Korporat) Dr Mohamad Ibariyah Iberahim.
Ketika ditanya mengenai kemudahan telekomunikasi dalam tempoh banjir, beliau berkata kerajaan negeri sudah mengemukakan permintaan kepada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam pertemuan baru-baru ini, agar pembinaan menara telekomunikasi dipercepatkan.
"Secara keseluruhan, menara yang dibina bakal siap menjelang 2023 dan ia amat penting semasa bencana bagi memudahkan perhubungan.
"Kita tahu pada waktu bencana betapa pentingnya liputan dan perhubungan Internet khususnya di kawasan-kawasan strategik," katanya.
Ahmad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang bersetuju meningkatkan jumlah pelaburan bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya juga mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan meneruskan usaha pemantauan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti atau kegiatan haram dilakukan dalam tempoh tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.