KOTA KINABALU: Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline yang berkuat kuasa semalam telah menyebabkan Sabah kehilangan 6,000 penumpang seminggu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Beliau berkata jumlah penerbangan domestik ke Sabah turut terjejas berikutan penggantungan operasi dan kerajaan negeri berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah, ketibaan domestik adalah sangat penting kerana 70 hingga 80 peratus daripada ketibaan setakat ini adalah dari dalam negeri.
"Kesalinghubungan adalah satu faktor penting yang mesti kita ada. Kita juga memerhati dan memantau isu ini dengan teliti. Kita berharap mereka akan menyelesaikan isu ini tidak lama lagi," katanya pada sidang media sempena Pesta Pantai Tanjung Aru 2023 di sini hari ini.
Semalam, MYAirline Sdn Bhd mengumumkan penggantungan operasi sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan tekanan kewangan, dan turut membabitkan penerbangan harian antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, mengenai Pesta Pantai Tanjung Aru 2023 yang akan diadakan akhir bulan ini, Liew berkata acara itu memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada industri pelancongan Sabah kerana ia mempromosikan satu daripada tarikan utama Sabah iaitu pemandangan matahari terbenam menakjubkan di pantai itu.
Dengan melaksanakan kempen bebas sampah, Liew berkata acara itu merupakan cara terbaik bagi penduduk tempatan dan pelancong berinteraksi, pada masa sama bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pesta Pantai Tanjung Aru 2023 berlangsung pada 28 dan 29 Okt, bermula 10 pagi hingga 10 malam di Prince Philip Park, dimeriahkan dengan persembahan barisan artis tempatan selain pelbagai aktiviti menarik di tepi pantai serta gerai oleh vendor tempatan.
Matlamat utama penganjuran acara ini adalah untuk memperkenalkan Pantai Tanjung Aru sebagai tarikan utama di Sabah sambil menekankan kepentingan menjaga kebersihan pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines yang berkuat kuasa semalam telah menyebabkan Sabah kehilangan 6,000 penumpang seminggu. - Gambar hiasan/MYAirline
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.
MYAirline: Sabah hilang 6,000 penumpang seminggu
Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines yang berkuat kuasa semalam telah menyebabkan Sabah kehilangan 6,000 penumpang seminggu.