MyPPP akan menampilkan calon yang disukai dan mendapat sokongan rakyat dan berpeluang meraih kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.
Presidennya Tan Sri M.Kayveas berkata pihaknya akan memastikan calon yang akan dikemukakan itu hanya mereka yang benar-benar mendapat restu di peringkat akar umbi.
“Kami akan mengetengahkan calon yang boleh menang dan mahu mendengar suara dan harapan khususnya golongan muda dan berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar pada PRU14 nanti,” katanya.
BACA: MyPPP intai lima kerusi pada PRU14
BACA: Jangan terpedaya oleh politik ilusi pembangkang - PM Najib
Kayveas yang juga Penasihat Kementerian Pengangkutan bercakap kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa dan Pendidik Pusat Anak Permata Negara (Permata) di Tanah Rata di sini, hari ini.
Katanya MyPPP telah mengenal pasti kawasan yang ingin ditandingi pada PRU14 antaranya Cameron Highlands, Buntong, Perak; Kota Alam Shah dan Kepong (Selangor); Guchil (Kelantan) dan Kota Laksamana (Melaka).
Dalam pada itu, beliau berkata parti pembangkang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi semata-mata dan bukan untuk masa depan rakyat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
KAYVEAS: MyPPP akan menampilkan calon yang disukai dan mendapat sokongan rakyat dan berpeluang meraih kemenangan dalam pPRU14) kelak. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MyPPP akan kemuka rayuan - Kayveas
MyPPP yang berdepan pembatalan pendaftaran parti oleh RoS akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.
Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP
Keputusan itu dipersetujui dan disahkan sebulat suara semasa mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
'Tujuh bulan tiada mesyuarat, pakatan DAP, PKR dan PAS makin rapuh'
Mesyuarat amat penting dalam memastikan setiap urusan dan pentadbiran berlangsung lancar, namun tentunya ada sesuatu yang tidak kena PKR,DAP dan PAS tidak mengadakan pertemuan dalam masa tujuh bulan.
BN Selangor terima positif teguran Tun M - Noh Omar
BN Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.