Nadma keluar amaran kemungkinan banjir kilat di Sabah

Astro Awani
Disember 25, 2022 08:30 MYT
Nadma memaklumkan lokasi terlibat ialah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir kilat di beberapa lokasi di Sabah dalam tempoh 12 jam.
Dalam satu kenyataan, Nadma memaklumkan lokasi terlibat ialah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan.
Ramalan itu adalah berdasarkan maklumat daripada Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.
Kata Nadma, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk di kawasan berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan.

NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT (DALAM TEMPOH 12 JAM) Dikeluarkan pada 25 Disember 2022; 3:15 petang. Negeri yang terlibat: Sabah Sumber : @jps_malaysia #PekaAmaran#PatuhArahan#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama pic.twitter.com/fkdra7CqND

— NADMA Malaysia (@mynadma) December 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir kilat #Sabah #NADMA #info banjir terkini