SERDANG: Bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kali ini, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tampil melancarkan dua produk pembajaan berskala kecil jenama Peladang khususnya bagi memenuhi keperluan tanaman isi rumah yang berkualiti tinggi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata Baja Sebatian 65 dan 45 keluaran syarikat subsidiari NAFAS Bajakimia Sdn Bhd (NBKSB) ini dijual dengan harga serendah RM10 sebotol.
Jelasnya, Baja Tumbesaran Umum Sebatian 65 dan Baja Formulasi Hasil atau Tumbesaran Sebatian 45 merupakan baja bagi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang berkualiti, membantu batang pokok menjadi kuat dan meningkat pertumbuhan akar aktif.
“Jadi kita cukup yakin majlis pelancaran ini cukup bertepatan dengan masa dan waktunya untuk kita menggalakkan rakyat untuk mula bercucuk tanam dan melibatkan diri dalam pertanian.
“Selain itu, NAFAS juga telah menjadi salah satu organisasi yang membekalkan baja kepada para petani dan telah banyak membantu golongan bawahan terutamanya,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan majlis pelancaran baja berskala kecil jenama Peladang di Pentas Utama Dewan A di Taman Expo Agro Malaysia, Maeps, Serdang pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob; barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS; Pemangku Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim dan Pengurus Besar NBKSB, Zalifudin Md. Arshad.
Mengulas lanjut, Ahmad Hamzah berkata, baja itu dihasilkan melalui proses granulasi wap dan mengandungi keperluan nutrien utama yang lengkap mengikut formulasi baja serta telah mendapat pensijilan dan diakreditasi dengan ISO 9001:2008, Standards Malaysia Accredited Laboratory (2006) dan juga SIRIM.
“Keluaran produk baja ini telah diiktiraf serta mendapat sijil SIRIM dan sebagainya. Malah baja ini merupakan salah satu baja terbaik keluaran NAFAS,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Hamzah berkata produk tersebut boleh didapati di kedai-kedai input rangkaian Pertubuhan Peladang (PP) meliputi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta kedai-kedai input terpilih di seluruh Malaysia.
“Sebanyak 279 kedai telah ditubuhkan di seluruh negara dan pengguna juga boleh mendapatkan baja ini menerusi platform jualan dalam talian seperti Shopee,” katanya.
Dalam majlis sama, Ahmad Hamzah bersama Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob turut menyempurnakan jualan ‘Happy Hour’ dengan tawaran dua botol Baja sebatian 65 dan 45 dengan harga RM10 serta satu pek ayam sejuk beku 1kg dengan berharga RM5 satu pek.
Katanya, hasil daripada jualan Happy Hour itu sebanyak 20 botol baja dan 30 pek ayam sejuk beku berjaya terjual.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Thu Aug 11 2022
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, yakin majlis pelancaran ini cukup bertepatan dengan masa dan waktunya untuk menggalakkan rakyat untuk mula bercucuk tanam dan melibatkan diri dalam pertanian.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
NAFAS lancar baja berskala kecil jenama Peladang untuk tanaman isi rumah
Bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kali ini, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tampil melancarkan dua produk bagi tanaman isi rumah.
Peladang, penternak ayam minta percepat bincang isu subsidi dedak
Rantaian pengeluaran telur dan ayam telur dikhuatiri berdepan masalah pengeluaran menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia
Jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia kini sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Februari.
KPPK tidak keluar lesen jual hasil sawit kepada peneroka haram
Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh KPPK untuk menjual hasil perladangan mereka.
Lembaga Pertubuhan Peladang Perak bantu 100,000 peladang
Datuk Abdul Yunus Jamahri, pembukaan lima agrobazar dan empat PST itu memberi manfaat kepada lebih 100,000 ahli Pertubuhan Peladang dan masyarakat setempat.
Nafas tidak sewa hotel untuk PRK Tanjung Piai - Salahuddin
Nafas hanya membuat sewaan untuk 38 bilik hotel sehingga 30 atau 31 Oktober, dan ia digunakan bagi tujuan 'roadshow' sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019.
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
Lelaki ancam peladang untuk beri izin lakukan seks dengan haiwan ternakan
Seorang lelaki di New Jersey ditangkap kerana meminta izin beberapa peladang tempatan untuk melakukan hubungan seks dengan haiwannya.
Dakwaan 'syarikat dua ringgit' dapat tanah 400 hektar, NGO Perak lapor SPRM
Ketua gabungan itu, Thomas Su Keong Siong mendakwa syarikat berkenaan diberikan tanah di dua kawasan iaitu Kledang Saiong dan Bukit Kinta.
Pengusaha nangka madu nekad mahu komersialkan hasil tanaman
Selepas bersara sebagai penjawat awam, Mat Hussin Daud bersyukur apabila dapat menjana pendapatan hasil daripada tanaman nangka madu.