BUTTERWORTH: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB)  Jeli-Gerik berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hj. Abd Rashid, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Jenazah Mohd Rodhi Othman, 64,Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Ahmad Khomaini Abu 32, serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6, dikebumikan dalam satu liang lahad selepas zohor kira-kira 2.50 petang Ahad.

Terdahulu jenazah kelima-lima mangsa dibawa dari Hospital Gerik dan tiba di masjid di Sungai Dua kira-kira jam 12.56 tengah hari.

Suasana pilu menyelubungi ruang masjid apabila anak mangsa dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan perasaan sebaik menatap wajah kesemua mangsa buat kali terakhir.

Jenazah yang sudah siap dikafankan disembahyangkan selepas solat zohor sebelum dikebumikan.

Suasana pilu menyelubungi ruang masjid apabila anak mangsa dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan perasaan sebaik menatap wajah kesemua mangsa buat kali terakhir. - Foto Astro AWANI

Kira-kira 500 ahli keluarga dan saudara mara serta sahabat handai mangsa hadir memberi penghormatan terakhir buat jenazah.

Jenazah yang sudah siap dikafankan disembahyangkan selepas solat zohor sebelum dikebumikan.  - Foto Astro AWANI

Dalam kejadian jam 3.45 petang Sabtu , lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

[TERKINI] Kemalangan | Lima maut nahas di Gerik