Tragedi Hawk: Kementerian Pertahanan perlu mengambil iktibar, langkah proaktif

Afiezy Azaman
November 17, 2021 03:40 MYT
Anwar berkata, ini bagi memastikan insiden seperti melibatkan pesawat TUDM sehingga mengorbankan nyawa tidak berulang. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan perlu mengambil iktibar dan langkah proaktif lewat kemalangan yang menimpa perajurit negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan insiden seperti melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga mengorbankan nyawa tidak berulang.
"Sayu mendengar perkhabaran duka berkenaan nahas yang membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi.
"Kita bukan sahaja telah kehilangan seorang perajurit malah kehilangan seorang kepala keluarga. Didoakan semoga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy diterima di sisiNya.
"Semoga keluarga Allayarham diberikan kesabaran yang tinggi atas kepergian tulang belakang keluarga dan saya turut mendoakan seorang lagi perajurit yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar diberi kesembuhan seperti sediakala," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sayu mendengar perkhabaran duka berkenaan nahas yang membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi. pic.twitter.com/Uuz22EIoyL

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada lewat malam Selasa, TUDM mengesahkan pesawat Hawk terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pesawat pejuang TUDM terhempas
Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
#TUDM #Anwar Ibrahim #pesawat #terhempas