Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO serta pemimpin Barisan Nasional (BN) Kedah di sebuah hotel terkemuka di sini, malam ini.
Pertemuan itu, yang bermula pada 9 malam berakhir kira-kira sejam kemudian, turut dihadiri Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Turut menghadiri pertemuan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua UMNO Bahagian, pemimpin parti komponen BN dan sayap parti.
Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan sehingga kini mengenai pertemuan itu.
Terdahulu Najib yang juga Pengerusi BN menghadiri majlis makan malam bersama lebih 200 pimpinan UMNO dan BN negeri di hotel sama.
Pertemuan tersebut merupakan program terakhir Najib di Kedah dalam rangka lawatan kerja seharinya, sebelum berangkat pulang ke ibu negara.
Pagi tadi beliau menghadiri jadual yang padat dengan bersarapan dengan penduduk kampung di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah dan melawat pasar nelayan di kampung berkenaan yang merupakan antara jeti pendaratan hasil laut paling terkenal di negeri ini.
Perdana Menteri kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup dengan barisan kepimpinan negeri di Wisma Darul Aman dan menghadiri perhimpunan penjawat awam di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti sebelum melawat loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman di Pokok Sena.
Najib turut melawat rumah seorang penoreh getah, Mansor Salleh, 60, di Kampung Belukar, Pokok Sena sebelum menghadiri program bersama rakyat bagi menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil di Dataran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2017
Najib bergambar dengan pemimpin BN Negeri sebelum memulakan perjumpaan pada Majlis Makan Malam bersama Kepimpinan Barisan Nasional Kedah malam ini. Turut hadir Ahmad Bashah (kanan). --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.