KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda Kandasamy telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.
Penguasa Kanan Cawangan Siasatan SPRM Haniff Lami, 34, yang menyiasat kes pindaan laporan akhir tersebut berkata Najib menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu dengan mengarahkan supaya laporan itu dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Feb 2016.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata berdasarkan hasil siasatannya, Arul Kanda yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pula telah bersubahat dengan Najib dalam memberi arahan untuk meminda laporan audit tersebut.
"Najib telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh untuk mendapatkan laporan pengauditan 1MDB dan menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Arul Kanda untuk disemak.
"Najib kemudian mengarahkan supaya satu pertemuan dibuat di pejabatnya di Putrajaya pada 22 Feb 2016, yang turut dihadiri bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa," katanya.
Haniff berkata demikian semasa membacakan penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam pada perbicaraan kes Najib dan Arul Kanda membabitkan pindaan laporan audit 1MDB.
Beliau berkata Najib telah mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Audit Negara (JAN) bagi membincangkan perkara yang beliau tidak berpuas hati di dalam Laporan Pengauditan 1MDB yang dikeluarkan.
"Laporan itu tidak dicetak sehingga mendapat kebenaran Najib," katanya.
Saksi itu berkata susulan arahan daripada Najib, satu mesyuarat telah diadakan oleh Ali pada 24 Feb 2016, yang turut dihadiri Arul Kanda dan hasil mesyuarat itu, empat pindaan dibuat dalam laporan audit tersebut.
"Pindaan telah dibuat terhadap dua versi penyata kewangan 1MDB yang berbeza bagi tahun 2014 dan perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited, disusuli pindaan berkenaan isu kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low serta isu penangguhan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN).
"Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dibentangkan di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016 adalah laporan yang telah dipinda, susulan arahan daripada Datuk Seri Najib.
"Hasil siasatan saya menunjukkan bahawa perkara itu dilakukan oleh tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Arul Kanda) untuk melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan dengan perjalanan operasi 1MDB," katanya.
Semasa disoal balas peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib dan Arul Kanda masing-masing ditahan pada 10 dan 11 Dis 2018 serta dirakam keterangan sebagai suspek pada hari tangkapan mereka.
Bagaimanapun, Haniff tidak bersetuju dengan cadangan Rahmat bahawa izin untuk menuduh bekas perdana menteri itu telah dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada 10 Dis 2018, iaitu sebelum siasatan terhadapnya dilakukan secara menyeluruh.
"Rakaman percakapan Datuk Seri Najib sebagai saksi telah diambil pada 6 Dis 2018, empat hari sebelum beliau ditangkap. Saya tidak bersetuju beliau (Najib) tidak diberikan siasatan yang lengkap dan adil dalam kes ini," katanya.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 18 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata berdasarkan hasil siasatannya, Arul Kanda (kanan) yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pula telah bersubahat dengan Najib dalam memberi arahan untuk meminda laporan audit tersebut. - Gambar fail
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.