Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat India di negara ini, dan untuk itu kaum itu menyokong amat kepimpinannya, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata Najib sentiasa mendengar pandangan parti itu, terutama berhubung keperluan pembangunan kaum India.
"Malah banyak yang telah dilakukan kepada kita, meliputi aspek ekonomi, pendidikan dan perkara-perkara lain. Oleh itu, kita memang bersetuju untuk terus sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai pendirian MIC terhadap kepimpinan Najib selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015 peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Subramaniam berkata MIC sentiasa memberi sokongan padu kepada pemimpin nombor satu negara berikutan jasanya yang besar dalam membantu meningkatkan taraf kaum India.
Semalam pada Mesyuarat Tertinggi UMNO, Najib telah memberi penjelasan terperinci mengenai isu berbangkit seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian tanah di Tun Razak Exchange oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) serta prestasi parti pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh.
Di KUALA TERENGGANU, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mengulangi pendirian untuk terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata badan itu akan turut membantu dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu berbangkit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Ahmad Razif berkata Muhyiddin juga pada mesyuarat parti semalam yang turut dihadirinya telah membuat pengakuan untuk terus menyokong penuh kepimpinan Najib, dan tumpuan ketika ini adalah memastikan rakyat faham setiap dasar yang dibuat kerajaan.
Di KOTA KINABALU, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Sabah tidak mahu terikut-ikut dengan pihak yang melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap perdana menteri.
Beliau berkata Sabah akan tetap rasional untuk terus berdiri teguh dan memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib bagi mengetuai pentadbiran negara.
Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah berkata rakyat sepatutnya memberi perhatian terhadap transformasi dan pembangunan yang dilakukan Najib.
"Khususnya apabila bercakap tentang Sabah, perdana menteri telah membawa banyak perubahan di negeri ini, membantu (membawa pembangunan) di Sabah, jadi kenapa kami perlu terikut-ikut dengan pihak yang mahu menjatuhkannya?
"Sabah akan terus memberi sokongan penuh kepada perdana menteri untuk kebaikan Sabah seterusnya membawa lebih banyak pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Menyentuh soal keselamatan di Sabah, Pairin berkata Najib telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
"Ini termasuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah," kata Pairin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja untuk meneliti kandungan laporan RCI.
Bernama
Wed May 13 2015
SUBRAMANIAM: Najib banyak menyumbang untuk pembangunan kaum India. -Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.