Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Singapura mendiang Lee Kuan Yew.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob berkata perdana menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada pukul 11 pagi.

Beliau berkata Najib akan bertemu rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, yang juga anak Lee Kuan Yew untuk menyampaikan sendiri ucapan takziah Malaysia.

Yang turut menyertai perdana manteri termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong.

Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas Singapura moden meninggal dunia Isnin lepas pada usia 91 tahun.

GALERI FOTO: Penghormatan terakhir buat mendiang Lee Kuan Yew

GALERI FOTO: Dalam kenangan Lee Kuan Yew