Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib yang mencipta hashtag untuk itu #TsunamiPHitnah berkata fitnah yang dilontarkan semakin berleluasa dan dahsyat, yang berupaya memporakperandakan dan mampu membinasakan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia sejak sekian lama.
Bahkan, katanya, beliau dan keluarga sering menjadi mangsa politik fitnah pembangkang yang tidak langsung kenal akan erti kehormatan atau rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.
"Sebenarnya, sejak pilihan raya yang lepas sehingga kini, jika saya menyenaraikan setiap satu lemparan fitnah yang dibuat pembangkang, boleh jadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jumlah muka surat yang perlu diperuntukkan," katanya menerusi catatan di blog rasmi beliau, www.najibrazak.com.
Mengulas lanjut, beliau berkata fitnah paling dahsyat yang pernah dilontarkan pembangkang ialah pada PRU13 kononnya 40,000 pengundi hantu dibawa masuk ke Malaysia dari Bangladesh menggunakan penerbangan khas untuk mengundi di kawasan tertentu; dan berlakunya 'blackout' di pusat mengundi.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata lebih menyedihkan ialah apabila sehingga hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang percaya dengan dakyah tersebut walaupun bukti menunjukkan sebaliknya dan ramai pemimpin pembangkang sendiri mengakui ia tidak berlaku.
"Yang menghairankan saya, fitnah ini - seperti fitnah-fitnah lain - hanya memerlukan sedikit kajian dan pemikiran logik untuk dibuktikan palsu, namun akibat keghairahan berpolitik, ramai yang mempercayainya, ditipu bulat-bulat oleh pembangkang.
"Akibatnya, rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini, jika berkulit gelap sedikit, dituduh sebagai warga asing, dipaksa menyanyi lagu Negaraku di khalayak ramai, ada yang kad pengenalan mereka juga diviralkan di media sosial dengan pelbagai kutukan dan cacian dilemparkan kepada mereka," katanya.
Tambahnya, komuniti pekerja asing Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal turut dihambat, dicerca, diperlekeh dan dijadikan mangsa kebencian akibat politik fitnah.
Perdana menteri berkata fitnah pembangkang tidak terhenti setakat pilihan raya, dan tiada individu atau institusi yang terselamat daripada menjadi sasarannya.
Tambah beliau, satu lagi fitnah yang begitu dahsyat dan keji dilakukan pembangkang adalah terhadap institusi yang menjaga kebajikan jemaah Haji Malaysia, bakal tetamu Allah di Tanah Suci.
"Bertahun lamanya Lembaga Tabung Haji mencatat dividen pelaburan yang kompetitif, sering dipuji sebagai pengurusan jemaah Haji contoh malah hubungan baik yang terus terjalin antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi, antara saya dan Raja Salman, telah membuka banyak peluang dan juga penambahan kuota haji untuk rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata perkara tersebut tidak diambil kira mahupun dipedulikan apabila pembangkang melempar fitnah Tabung Haji mengalami kerugian dan tidak mampu membayar semula wang pendeposit.
"Akibatnya, lebih 3,000 pendeposit yang terpedaya dan termakan hasutan dan fitnah jahat pembangkang bertindak menutup akaun mereka. Kesannya, mereka hilang kelayakan dan giliran Haji. Tergamaknya pembangkang memfitnah sebegini rupa... yang teraniaya adalah pak cik dan mak cik berumur, yang telah menunggu giliran ke tanah suci bertahun lamanya musnah harapan mereka kerana politik fitnah pembangkang," katanya.
Menurutnya, apa yang dikongsikan hanyalah sebahagian fitnah yang dilemparkan pembangkang, termasuklah fitnah mereka terhadap beliau dan keluarga, kerajaan, institusi-institusi serta dana-dana pelaburan.
"Malah kejadian kemalangan yang meragut nyawa pun sanggup mereka fitnah dan politikkan," kata Najib.
Justeru, perdana menteri mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan menjadi ejen kemusnahan dengan membenarkan politik fitnah pembangkang berleluasa kerana ia akan merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 25 2018
Perdana menteri mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan menjadi ejen kemusnahan dengan membenarkan politik fitnah pembangkang berleluasa kerana ia akan merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.