KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa wang RM1 juta yang diterima Tan Sri Shahrir Ab Samad daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk menggantikan wang pencennya yang digunakan untuk kegiatan politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurzahidah Yacop, 35, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Shahrir semasa beliau disiasat oleh SPRM.
Penolong Penguasa SPRM itu bersetuju dengan peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir bahawa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut memaklumkan bahawa beliau memohon secara lisan kepada Najib supaya menggantikan wang peribadinya itu dalam pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, sembilan tahun lepas.
Nurzahidah turut bersetuju dengan Syed Faisal bahawa bekas Pengerusi Felda itu mendahulukan wangnya iaitu RM1 juta untuk membantu masyarakat di kawasan berkenaan termasuk membaik pulih Perumahan Puri Langkasuka (Seri Anugerah) Larkin, Johor Bahru.
Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata demikian pada perbicaraan kes Shahrir yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada 14 Dis lepas, Nurzahidah memberitahu mahkamah bahawa Najib menulis dan menandatangani cek AmIslamic Bank Berhad miliknya bernilai RM1 juta sebelum menyerahkan kepada Shahrir di pejabat berkenaan, pada 27 Nov 2013.
Syed Faisal turut bertanyakan kepada saksi berkenaan sama ada beliau menerima borang cukai taksiran 2013 hingga 2018 milik Shahrir daripada Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN Tuan Zulkfli Tuan Lah iaitu saksi pendakwaan ke-21 pada 13 Jan 2020.
Nurzahidah berkata: "Ada menerima borang cukai taksiran 2013 hingga 2018 milik Shahrir dan merekod keterangan daripada Encik (Tuan) Zulkfli dan beliau menyatakan bahawa penerimaan wang tersebut (RM1 juta) perlu dilaporkan kepada LHDN."
Pegawai Penyiasat SPRM itu bersetuju dengan peguam bahawa beliau tidak menyerahkan sebarang dokumen sewajarnya mengenai penerimaan RM1 juta kepada Tuan Zulkfli semasa merekodkan keterangannya.
Nurzahidah juga mengakui bahawa LHDN tidak dapat menentukan sama ada wang itu merupakan pendapatan atau sebaliknya kerana beliau sendiri tidak mengemukakan dokumen kepada LHDN bagi melaksanakan sembilan langkah sewajarnya untuk menyemak status wang RM1 juta yang diterima Shahrir.
Pegawai Penyiasat SPRM itu juga bersetuju dengan peguam bahawa beliau telah menunjukkan borang cukai taksiran 2013 hingga 2018 milik Shahrir kepada pegawai atasan dan mereka (pegawai) mencadangkan untuk mendakwa Shahrir atas pertuduhan itu walaupun tiada penentuan sama ada RM1 juta merupakan pendapatan atau tidak.
Menurut Nurzahidah, beliau perlu akur dengan arahan pegawai atasan walaupun beliau mencadangkan Shahrir didakwa atas lima pertuduhan lain.
Syed Faisal: Maka sebagai pegawai bawahan, Puan tidak boleh ada pendirian sendiri untuk protes, tidak ada ruang untuk meluahkan pendirian anda terhadap pendakwaan ini, betul?
Nurzahidah: Ya.
Shahrir, 73, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini tanpa kehadiran peguamnya. - Foto BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.